Blogger Widgets

Selasa, 4 September 2012


MEREKA KECANDUAN BUKU

Kecanduan buku adalah paling baik berbanding kecanduan terhadap narkotik dan minuman keras.
Berikut adalah beberapa istilah yang berkait dengan tabiat ini.

Biblioholism - merupakan tabiat luar biasa untuk membeli, membaca, menyimpan dan mengagumi buku yang cenderung berlebihan.

Biblioholik - orang yang kecanduan buku.
Ada dua jenis biblioholism - bibliomania dan biblifil.

Bibliomania - orang yang gila buku, iaitu tabiat membeli buku hanya untuk mengumpul sebagai koleksi

Bibliofil - orang yang cinta buku, yang mengharap mendapat pengajaran dari kebijakan isi buku tersebut.

Ada juga penyakit jiwa yang berkaitan buku. Antaranya bibliotaf, bibliokas, bibliofagi dan biblionarsisis

Bibliotaf - orang yang menyimpan buku dengan cara yang paling aman untuk mengelakkannya daripada dirosakkan. Misalnya menguburkan buku ditempat rahsia yang hanya diketahui oleh orang kepercayaannya.

Bibliokas - orang yang suka menghancurkan/memusnahkan buku.

Bibliofagi - orang yang memakan buku. Contohnya membakar buku kemudian merendam abunya lalu meminum air rendaman itu.

Biblionarsisis - orang yang gemar mengumpul koleksi buku yang mahal seperti ensiklopedia dan meletakkanya dalam almari cantik dan mahal untuk dijadikan perhiasan. Tujuan sebagai menunjuk-nunjuk, berlagak atau riak.

Yang mana satukah kita? Atau bukan yang mana-mana pun, sebab kita memang tidak minat pada buku dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan nya.

Petikan daripada Majalah Mastika Mac 2012


Tiada ulasan:

Catat Ulasan