Asiah
Binti Mahazim (Isteri Firaun)
Tersebutlah
alkisah di negeri Mesir terdapat kerajaan yang diketuai oleh raja yang terakhir
bernama Fir’aun yang terkenal dengan keganasan dan tidak berperikemanusian.
Setelah kematian isterinya beliau hidup bersendirian tanpa teman hidup. Pada
ketika itu tersebutlah satu kisah di mana seorang gadis jelita dari keturunan
keluarga Imran yang baik-baik dan solehah yang bernama Siti Asiah yang sentiasa
menjadi sebutan di kalangan pemuda-pemuda Mesir kerana keperibadian dan
kejelitaannya.
Kisah kejelitaan Siti
Asiah telah sampai ke telinga Fir’aun dan suatu hari beliau teringin untuk
memperisterikan Asiah sebagai permaisurinya. Maka diutuskan seorang Menteri
bernama Haman untuk merisik. Ibu bapa Asiah telah bertanya kepada tuan empunya
diri tetapi Asiah telah menolak lamaran tersebut dan berkata kepada kedua ibu
bapanya bahawa Fir’aun adalah seorang raja yang ingkar kepada Allah SWT dan
tidak berperikemanusiaan.
Tidak lama kemudian
Haman, utusan Fir’aun datang kembali untuk bertanyakan tentang lamaran tersebut
dan alangkah marahnya beliau setelah mendapat tahu yang lamaran Fir’aun telah
ditolak. Ibu bapa Asiah telah dicaci dan dihina. Haman kemudian telah pulang
dan memberitahu kepada Fir’aun akan berita buruk tersebut dan Fir’aun telah
menjadi marah dan memerintahkan supaya kedua ibu bapa Asiah ditangkap.
Mereka telah diseksa dan
dimasukkan ke dalam penjara. Setelah itu Asiah ditangkap dengan menggunakan
kekerasan dan kemudian dibawa ke istana Fir’aun dan bertemu dengannya. Di
hapadapan Fir’aun, Asiah kemudiannya telah diketemukan dengan kedua ibu bapanya
di dalam penjara. Asiah amat sedih melihat keadaan kedua orang tuanya yang
disiksa oleh Fir’aun.
Kemudian Fir’aun berkata..
“Hai Asiah, jika engkau seorang anak yang baik, tentulah engkau akan sayang
terhadap orang tuamu, maka oleh kerana itu engkau boleh pilih satu antara dua.
Kalau kau menerima lamaranku bererti engkau akan hidup senang dan akan aku
bebaskan kedua orang tuamu. Dan sebaliknya jika engkau menolak lamaranku,maka
aku akan perintahkan mereka untuk membakar hidup-hidup kedua orang tuamu di
hadapanmu.”
Oleh kerana ancaman itu,
maka Siti Asiah terpaksa menerima pinangan Fir’aun akan tetapi beliau telah
meletakkan beberapa syarat:
1. Bahawa Fir’aun harus
membebaskan kedua ibubapanya.
2. Harus membuatkan
rumah yang indah lengkap dengan perkakas
3. Bahawa orang tuanya
harus dijamin kesihatan beserta makan dan minumnya.
4. Bahawa Asiah bersedia
menjadi isteri Fir’aun, hadir dalam acara-acara tertentu tetapi tidak bersedia
tidur bersama Fir’aun.
Sekiranya
permintaan-permintaan tersebut tidak dipersetujui, beliau rela mati dibunuh
bersama kedua ibu bapanya.
Akhirnya Fir’aun
bersetuju menerima syarat-syarat tersebut dan memerintahkan agar rantai belengu
yang ada di kaki dan tangan Asiah dibuka. Kini Asiah telah hidup mewah dan
tinggal bersama-sama Fir’aun di dalam istana yang indah. Akan tetapi ia tidak
membawa pengaruh terhadap kehidupan peribadi Asiah. Asiah tidak pernah engkar
terhadap perintah agama dan beliau tetap taat mengerjakan ibadah kepada Allah SWT.
Pada malam hari beliau selalu mengerjakan solat dan beribadah kepada Allah SWT.
Beliau sentiasa berdoa agar kehormatannya tidak disentuh oleh orang kafir
miskipun suaminya Fir’aun. Bagi menyelamatkan Asiah dan menjaga kehormatannya,
Allah SWT telah menciptakan iblis yang menyamar dirinya sama seperti rupa Asiah
untuk tidur bersama Fir’aun.
Fir’aun sebenarnya
mempunyai seorang pegawai yang amat dipercayai dan rapat dengannya yang bernama
Hazaqil. Hazaqil telah berjaya merahsiakan identitinya yang sebenar. Hazaqil
amat taat dan beriman kepada Allah SWT. Beliau adalah suami kepada Siti
Masyithah yang bekerja sebagai juru hias istana yang juga amat taat dan beriman
kepada Allah SWT.
Pada suatu hari maka
terjadilah perdebatan yang hebat antara Fir’aun dengan Hazaqil di mana Fir’aun
telah menjatuhkan hukuman mati terhadap ahli sihir yang beriman kepada Nabi
Musa AS. Hazaqil menetang keras terhadap hukuman yang dijatuhkan kepada mereka
semua kerana mereka semuanya beriman kepada Allah SWT. Mendengar akan kata-kata
Hazaqil, Fir’aun menjadi marah.
Akhirnya Fir’aun dapat
tahu yang Hazaqil telah engkar kepada beliau dan kemudiannya telah dijatuhkan
hukuman mati kepada Hazaqil. Hazaqil menerimanya dengan tabah dan tidak merasa
gentar demi untuk membela kebenaran. Hazaqil telah meninggal dunia dengan
kedua-dua tangannya diikat pada pohon kurma dengan tembusan beberapa anak
panah.
Isterinya yang bernama
Masyitah amat sedih sekali di atas kematian suaminya yang tersayang itu. Beliau
sentiasa dirundung kesedihan dan tiada lagi tempat mengadu kecuali kepada 2
orang anaknya yang masih kecil. Pada suatu hari Masyitah telah mengadu nasib
kepada Asiah mengenai nasib yang menimpa dirinya. Di akhir perbicaraan mereka,
Asiah juga telah menceritakan tentang keadaan dirinya yang sebenar. Hasil dari
perbicaraan itu, barulah kedua-duanya mengetahui perkara sebenar bahawa mereka
adalah wanita yang amat beriman kepada Allah SWT dan Nabi Musa AS.
ASIAH binti Mazahim
merupakan seorang wanita Mesir yang baik budi pekertinya dan bijaksana dalam
pemikirannya. Oleh kerana dia memiliki kecantikan yang tiada tolok bandingan,
dia dipaksa berkahwin dengan Firaun, raja Mesir yang berkuasa pada ketika itu.
Pada suatu hari ketika
Asiah sedang duduk bersantai bersama dayang-dayang istana, dia terlihat sebuah
kotak kayu terapung-apung di tepian sungai yang mengalir merentasi istana
Firaun.
"Ambil kotak itu
dan bawa kepada beta," arah Asiah kepada salah seorang dayang yang berdiri
di tepinya.
Dayang itu berlari
pantas ke arah kotak yang sedang terapung-apung di tepian sungai. Dia
mengangkat kotak kayu itu dari permukaan sungai lalu dibawakan kepada Asiah.
Dia berdebar-debar untuk mengetahui isi kandungan kotak kayu itu.
"Comelnya bayi
lelaki dalam kotak kayu ini!," jerit hati Asiah apabila penutup kotak kayu
itu terbuka.
Pada ketika itu, Firaun
memerintahkan masyarakatnya membunuh semua bayi lelaki Bani Israel kerana dia
bermimpi bayi tersebut akan menghancurkan dan membinasakan kerajaan
pemerintahan Firaun.
Apabila berita penemuan
bayi lelaki itu sampai ke telinga Firaun, maka dia bergegas ke tempat Asiah dan
bayi lelaki itu.
"Pengawal! Bunuh
bayi ini sekarang..." Perintah Firaun kepada pengawal yang mengiringinya
ke kamar Asiah.
"Bukankah kita
tidak mempunyai anak lelaki. Anak lelaki ini dapat kita jadikan anak angkat.
Saya merayu supaya bayi ini tidak dibunuh kerana saya sudah sayang kepadanya.
' Dia akan memberikan
manfaat kepada kita berdua apabila dewasa nanti," Asiah menghalang niat
jahat Firaun dengan kata-kata bijaksananya.
"Baiklah. Saya
tidak akan bunuh bayi ini kerana perasaan cinta saya pada kamu," Firaun
akur dengan permintaan isterinya, lalu keluar dari kamar itu.
Asiah memberi nama Musa
kepada bayi tersebut dan memeliharanya sehingga dewasa di istana Firaun.
Apabila nabi Musa mula
berdakwah menyebarkan ajaran Allah, maka Asiah terus menjadi salah seorang
pengikutnya tanpa pengetahuan Firaun dan orang sekelilingnya.
Pada suatu hari, Asiah
duduk menyisir rambut anak perempuannya di kamar tidur. Tiba-tiba sikat yang
digunakan Asiah bagi menyisir rambut anaknya jatuh dengan kehendak Allah.
Asiah yang terkejut
dengan kejadian itu terus berkata, "Binasalah Firaun yang dilaknat Allah
dengan izinnya."
"Dengan nama
Allah," ucap Asiah tanpa menyedari anaknya memerhatikan perbuatannya
dengan perasaan hairan.
"Ibu, adakah tuhan
lain selain ayah? Adakah ibu sudah menganut agama yang dibawa oleh Musa?
Mengapa ibu sanggup mengikut agama Musa? Bukankah ibu menyelamatkan Musa
sewaktu kecil apabila dia akan dibunuh oleh ayah," anaknya bertanya
pelbagai soalan kepada Asiah dan menanti jawapannya...
Manusia biasa...."Firaun,
ayah kamu adalah manusia biasa seperti kita semua dan bukan tuhan. Tuhan
sebenar adalah Allah, tuhan semesta alam!" jawab Asiah tanpa perasaan
takut dan gentar.
"Biar saya adukan
perkara ini kepada ayah!," balas anaknya, lalu dia lari keluar dari bilik
itu dan pergi mengadu kepada Firaun.
Firaun yang mendengar
aduan anaknya berasa sangat marah dengan Asiah. Dia tidak menyangka Asiah sudah
mengikut ajaran Allah walaupun dia melarang sesiapa sahaja di Negara Mesir
mengikuti ajaran Allah.
Orang yang mengingkari
larangan itu akan dijatuhkan hukuman berat jika diketahui oleh Firaun. Kini
isterinya sudah mengikut ajaran Allah, maka dia harus berbuat sesuatu supaya
isterinya keluar dari agama Allah.
"Dengarlah nasihat
saya, wahai Asiah yang amat saya cintai dan sayangi.
"Keluarlah dari
agama yang dibawa oleh Musa. Saya akan berikan segala harta dan istana di Mesir
sebagai hadiah," Firaun cuba berlembut dan memujuk Asiah dengan kata-kata
manisnya.
"Saya tidak akan
sekali-kali keluar dari agama ajaran Musa yang benar dan suci. Nanti saya akan
dimurkai oleh Allah, tuhan yang mencipta saya.
"Jika saya tetap
dalam agama ini, saya percaya Allah akan memberikan syurga yang lebih baik dari
harta dan istana kamu," tegas Asiah yang tenang dan berani bertentang mata
dengan Firaun yang menyala dengan api kemarahan.
Usaha Firaun memujuk
isterinya menemui jalan buntu. Dia tidak mahu menghukum Asiah kerana perasaan
kasih sayang dan cinta yang mendalam terhadap isterinya. Dia cuba memikirkan
cara lain bagi melembutkan hati Asiah supaya dia tidak beriman dengan ajaran
nabi Musa.
Namun, semua ikhtiarnya
gagal dan tidak menemui jalan penyelesaian. Firaun termenung. Wajahnya
terbayang seribu kekecewaan kerana gagal memujuk Asiah. Akhirnya, dia mengambil
keputusan menggunakan kekerasan kepada Asiah supaya dia berpaling dari agama
Musa.
"Pengawal, tangkap
Asiah dan bawa dia berjumpa beta sekarang!," perintah Firaun dengan nada
keras.
"Oleh kerana kamu
masih berdegil mahu mengikuti ajaran agama Musa, beta jatuhkan hukuman berat ke
atas kamu," kata Firaun lagi.
"Pengawal, bawa
perempuan ini ke tanah tinggi dan ikatkan pada empat batang kayu. Pakukan empat
kayu itu ke bumi dengan menelentangkan badan perempuan ini menghadap langit.
"Biarkan bahang
matahari yang panas, dan sejuk malam menyeksanya," Firaun meminta para
pengawalnya menjalankan hukuman ke atas Asiah dengan segera.
"Allah! Allah!
Allah!," mulut Asiah tidak henti-henti menyebut kalimat Allah sepanjang
hukuman itu dijalankan.
"Ya Allah! Saya
mohon supaya dilindungi dari bencana Firaun dan dianugerahkan sebuah rumah di
syurga," doa Asiah yang terseksa dengan pancaran matahari yang sangat
panas dan terik.
Akhirnya Asiah dapat melihat
rumahnya di syurga dengan kehendak Allah yang membuka hijabnya. Hatinya sangat
gembira sehingga lupa pada penderitaan dan kesakitan yang sedang diharunginya.
Selepas beberapa lama
tempoh penyeksaan itu berlalu, Asiah akhirnya menghembuskan nafasnya yang
terakhir dengan kalimat Allah di mulutnya.
Begitulah kisah wanita
yang berhati waja. Dia tetap dalam keimanannya kepada Allah walaupun diseksa
sehingga mati tanpa belas kasihan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan