Blogger Widgets

Khamis, 30 Ogos 2012

Arjuna Bermain Biola: Pembunuhan Beramai-Ramai Orang Islam Rohingya di M...

Arjuna Bermain Biola: Pembunuhan Beramai-Ramai Orang Islam Rohingya di M...: Sekiranya kita ditanya mengenai umat Islam di negara manakah yang tertindas ketika ini, nescaya yang kerap keluar dari mulut kita adalah...

Arjuna Bermain Biola: Hubungan Hitler Dan Islam!

Arjuna Bermain Biola: Hubungan Hitler Dan Islam!: 1.  Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penumbuhan Negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk mengha...

Arjuna Bermain Biola: Pokok Olimpik Pokok Yahudi!

Arjuna Bermain Biola: Pokok Olimpik Pokok Yahudi!: Kita dipermainkan.. cubalah kita sedar, dan kaji… sila ALERT dan sebarkan supaya kita saling ingat dan mengingati…… Siapa dah ten...



Punca-punca pelajar tidak minat Mata Pelajaran Sejarah

Rujukan Majalah Pendidik 2010 : No 1-7
Kajian Universiti : No 8-11
Pengamatan dan pengalaman sendiri : No 12 – 31

1. Sejarah adalah belajar tentang tokoh yang sudah mati dan tidak pernah dikenali.
2. Pelajar memberi anggapan bahawa kerja yang berkaitan dengan sejarah tidak menjamin masa depan mereka.
3. Pelajar merasakan mereka dipaksa membaca dan mengingat banyak fakta yang berulang-ulang sejak tingkatan satu hinggalah tingkatan lima.
4. Pemberian markah folio tidak diambil kira dalam PMR. Pelik tapi benar!
5. Kelas tingkatan 4 & 5 lebih banyak memberi tumpuan kepada membaca untuk lulus SPM.
6. Buku teks sejarah kurang menarik untuk dibaca.
7. Cara pengajaran guru yang membosankan(banyak cakap atau bercerita)
8. Perkembangan teknologi maklumat – internet
9. Dasar kerajaan terhadap sains dan Matematik.
10. Teknik pengajaran sejarah yang tidak menarik
11. Sistem penilaian berasakan peperiksaan.(melahirkan generasi yg menghafal tahun, nama watak dan nama tempat tanpa memahami secara rasional sesuatu peristiwa)
12. Tidak bawa buku teks ke sekolah
13. Tiada kesungguhan untuk mencapai markah cemerlang (80% ke atas)
14. Tidak kisah tidak lulus
15. Tidak kisah markah tidak cemerlang.cukup lulus sahaja.
16. Tidak berasa bersalah jika tidak menyiapakan tugasan yang diberi.
17. Malas ulangkaji
18. Tidak memberikan tumpuan ketika dikelas.
19. Mudah putus asa dengan kegagalan.
20. Guru mengajar bukan option.
21. Subjek baru bagi pelajar tingkatan satu.tidak biasa.tingkatan 4 belum terbiasa menjawab esei.
22. Guru tidak pandai bercerita.
23. Guru suka membebel.
24. Menganggap sejarah adalah hanya mempelajari kelebihan bangsa melayu sahaja.
25. Lemah dalam penulisan esei
26. Tidak mengambil berat semasa tingkatan empat kerana menganggap masa rehat.
27. Tidak insaf dan tidak sedar terhadap kepentingan pelajaran.
28. Kurang kerjasama daripada ibubapa terutamanya pelajar yang lemah.
29. Banyak pelajar menggunakan strategi belajar yang salah dan menyebabkan mereka menjadi cepat bosan untuk mentelaah.
30. Pelajar PMR didapati ada pelajar yang tidak mengulangkaji pelajaran sepenuhnya terutama pelajaran semasa tingkatan satu dan dua.
31. Tidak serius dan menganggap subjek yang tidak penting.


Cadangan tindakan

1. Mengenalpasti pelajar-pelajar yang lemah
2. Menyelesaikan sukatan lebih awal
3. Menganalisis soalan-soalan tahun lepas.
4. Memberi penekanan kepada bab penting
5. Penerangan dan pendekatan individu (ni susah nak buat)
6. Menyediakan lebih banyak latihan asas pengukuhan (dah biasa buat)
7. Mengadakan perbincangan secara berkumpulan agar pelajar dapat saling membantu dan mudah memahami pelajaran.
8. Menggunakan teknik pelbagai supaya pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan mudah difahami.(buat juga kadang2)
9. Menyediakan rekod prestasi setiap pelajar
10. Menasihati pelajar supaya mencuba sedaya upaya untuk lulus cemerlang bukan setakat lulus sahaja.
11. Berinteraksi dengan guru-guru sejarah dari sekolah luar untuk mendapatkan lebih banyak maklumat.
12. Ingatkan pelajar tentang semua mata pelajaran adalah penting dan harus diberikan tumpuan dan perhatian yang sewajarnya.
13. Memberikan soalan pengukuhan dan pengayaan berformatkan PMR dan SPM .
14. Mengadakan kelas tambahan sekiranya perlu.
15. Membuat lebih banyak siri ulangkaji.






ingatan bersama


Jika anak dibesarkan dengan....
Jika anak dibesarkan dengan celaan
Ia belajar memaki.....
 Jika anak dibesarkan dengan permusuhan
Ia belajar berkelahi.....
Jika anak dibesarkan dengan cemuhan
Ia belajar rendah diri.....
Jika anak dibesarkan dengan hinaan
Ia belajar menyesali diri.....
Jika anak dibesarkan dengan toleransi
Ia belajar menahan diri.....
Jika anak dibesarkan dengan dorongan
Ia belajar percaya diri.....
Jika anak dibesarkan dengan pujian
Ia belajar menghargai.....
Jika anak dibesarkan dengan sebaik-baiknya perlakuan
Ia belajar keadilan.....
Jika anak dibesarkan dengan rasa aman
Ia belajar menaruh kepercayaan...
Jika anak dibesarkan dengan dukungan
Ia belajar menyenangi diri sendiri.....
Jika anak dibesarkan dengan kasih sayang dan persahabatan
Ia belajar menanamkan  cinta dalam kehidupan.....

petikan




Jika gaji kita RM 5,000 tetapi kita kerja kuat seperti gaji RM 20,000, Allah SWT akan berikan beza


RM 15,000 itu samada dalam bentuk duit, anak soleh, hidup bahagia dan lain-lain.
Jika gaji kita RM 5,000 tapi kita kerja malas macam gaji RM 2,000, beza RM 3,000 itu Allah akan tarik samada dalam bentuk kecurian, kesusahan, anak nakal dan seumpamanya."

Sebab itulah semua mereka yang berjaya mempunyai tabiat "Give more" kan.. Firman Allah SWT dalam Al-Quran pun ada mengatakan yang Allah sukakan umatnya bersungguh2 bila melakukan sesuatu pekerjaan yang baik. Wallahualam..

Sama2 kita berusaha dan berjaya dunia akhirat. Amin~ dipetik dari Prof Dr Muhaya


Selamat bekerja......... aisha.lubna@yahoo.com

patriotik


Harapan Anak Malaysia

SEORANG negarawan dalam pidatonya pernah menyebut, “Negara ini tertegak atas sumpah keramat.  Lantainya disimbah air mata, dindingnya tertegak atas tulang-temulang, atapnya disulam dengan peluh dan keringat.  “Daulat bumi watan ini pernah dicemari buat berkurun-kurun lamanya dek kehadiran kolonialis rakus yang mengaut kekayaan hasil Negara.  Rembesan air mata suci serta titisan darah perajurit silih berganti menggalurkan jalan menuju pembinaan sebuah negara merdeka.  Mujurlah kemerdekaan ini kita peroleh jua akhirnya di hujung mata pena.  Sewajarnya, anak muda selaku pewaris tampuk kepimpinan Negara perlu menanam tekad yang teguh untuk meneruskan kesinambungan kegemilangan yang ada.
Simfoni keharmonian yang dimainkan secara bersama-sama oleh masyarakat majmuk yang berbilang bangsa di Malaysiaa pastinya akan terasa begitu lunak didengari andai kata perpaduan yang menjadi resepi kejayaan kita selama ini dapat dicapai secara mutlak.  Setiap warganegara harus memainkan peranan yang penting dalam mengawal sentimen perkauman dengan cara menghormati adat resam kaum lain serta bertoleransi apabila berdiskusi tentang urusan yang melibatkan hubungan kaum.  Fokuslah titik persamaan yang wujud pada pendirian dan tidak bersandar pada perbezaan buah fikiran semata-mata.  Biarkanlah api perkauman yang pernah marak pada 13 Mei 1969 itu padam buat selama-lamanya.
Perjuangan para negarawan untuk mendapatkan kemerdekaan pasti tidak akan bermakna seandainya anak muda hari ini terus-menerus asyik membiarkan minda mereka dipasung untuk menyembah berhala hedonisme.  Kemerdekaan yang dikecapi hanyalah pada luaran semata-mata, sedangkan penjajahan minda masih  giat berlaku.  Kesannnya generasi muda akan mengalami kecelaruan indentiti, tidak bersikap patriotik serta tidak berjiwa merdeka.  Barangkali kita harus merenung kembali hakikat bahawa salah satu faktor kejatuhan kegemilangan Melaka berpunca daripada kehadiran Si Kitol yang tidak patriotik apabila belot dan memecahbelahkan masyarakat.  Impian Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju mengikut acuannya yang tersendiri pasti akan terlaksana seandainya setiap daripada kita sedar akan tanggungjawab berat yang tergalas untuk mewariskan kemerdekaan ini kepada generasi yang seterusnya.

Salam Merdeka buat semua....

kisah tauladan


Terdapat seorang "Abid (Ahli Ibadah) yang bernama Barsyisyo. Beliau merupakan seorang mahaguru dan mempunyai 60000 orang murid yang boleh terbang dengan berkatnya. Barsyisyo merupakan seorang yang kuat beribadat sehingga malaikat tercengang melihatnya. Oleh kerana itu berfirmanlah Allah kepada para malaikat "Mengapa kamu takjub melihat Barsyisyo beribadat? Aku(firman Allah) amat mengetahui barang yang tidak kamu ketahui. Barsyisyo itu akan mati kafir dan kekal di dalam neraka selama-lamanya".

Hal itu telah didengari oleh syaitan. Maka syaitan itu pun terburu-buru menuju ke tempat dimana Barsyisyo sedang beribadat..Si syaitan ini telah menyerupai diri sebagai manusia yang abid lagi soleh..Setelah syaitan itu sampai ke tempat Barsyisyo, ia lantas menyeru dari luar..Barsyisyo terus menyahut seruannya dan bertanya, "Siapakah tuan?"..maka jawab syaitan "Saya seorang abid..datang untuk menolong tuan beribadat kepada Allah".

Apabila mendengar jawapan si syaitan, Barsyisyo lantas menjawab "Barang siapa bermaksud membuat ibadat kepada Allah, Allah akan mengadakan kawan baginya"..Maka syaitan (bernama Mal'un) tadi beribadat 3 hari 3 malam, tidak tidur, tidak makan dan tidak pula minum..ini menyebabkan Barsyisyo berasa kagum dengan kawan barunya itu kerana lebih kuat beribadat daripadanya..Maka berkatalah Barsyisyo "Saya beribadat kepada Allah 220 tahun lamanya tetapi saya tidak pula sanggup untuk meninggalkan tidur, makan dan minum seperti tuan..bagaimanakah daya upaya saya untuk beribadat seperti tuan?"

Apabila mendengarkan soalan Barsyisyo, maka berkatalah si syaitan itu "lakukanlah maksiat kepada Allah, kemudian engkau bertaubat, Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, hingga engkau boleh mendapat lazatnya taat kepada Allah"...Barsyisyo terkejut lantas bertanya "Mengapa pula saya mesti mengerjakan maksiat kepada Allah, sedangkan saya telah lama beribadat kepadaNya?"..Maka jawab syaitan "Manusia apabila berdosa berhajat untuk meminta keuzuran dan keampunan daripadaNya"...Barsyisyo bertanya lagi "Dosa apakah yang tuan maksudkan itu?"..jawab syaitan "zina"..namun demikian, Barsyisyo bertegas untuk tidak melakukannya...Lantas syaitan berkata "kalau tidak zina, bunuhlah seorang muslim"..sekali lagi Barsyisyo menolak nasihat syaitan tersebut...Tanpa berputus asa, si syaitan berkata lagi "kalau tidak membunuh, minumlah minuman yang memabukkan"...Lantas Barsyisyo menjawab "Ya! itulah yang lebih ringan".

Kisah Seorang Ahli Ibadah Yang Mati Dalam Kufur



Maka Barsyisyo bertanya kepada syaitan " Di mana saya boleh mendapatkan minuman itu?"..jawab syaitan "pergilah ke kampung itu"..Barsyisyo terus mencari minuman trsebut..sejurus kemudian dijumpainya seorang perempuan yang cantik, menjual khamar..Barsyisyo membeli minuman tersebut dan meminumnya..Tidak lama kemudian, dia pun mabuk..dalam keadaan mabuk dizinainya perempuan penjual khamar itu..Tiba-tiba suami perempuan itu pulang ke rumah, oleh kerana berasa takut Barsyisyo telah membunuh suami perempuan tersebut.

Si syaitan pula telah menyerupai dirinya seorang manusia dan lantas bertemu dengan raja untuk menberitahukan kisah Barsyisyo..tanpa berfikir panjang, raja telah memerintahkan agar Barsyisyo ditangkap untuk mengetahui kesahihan laporan yang telah diberikan oleh syaitan tersebut..Setelah nyata kebenarannya, maka Barsyisyo dipukul 80 kali kerana telah meminum khamar, 100 kali kerana zina dan juga dijatuhkan hukuman sula kerana membunuh suami perempuan itu..tidak lama kemudian, Barsyisyo terpacak di tiang sula.

Lantas si syaitan bertemu dengan Barsyisyo dan bertanya "Bagaimanakah keadaanmu?" ..jawab Barsyisyo "beginilah halnya orang yang patuh pada seorang teman yang jahat dan pengkhianat"..syaitan berkata lagi "Engkau telah beribadat 220 tahun lamanya hingga saya sula engkau, mahukah engkau saya bela?"...jawab Barsyisyo "Saya ingin memenuhi kehendakmu"..lantas jawablah si syaitan "Sujud satu kali padaku"..Barsyisyo menjawab "Bagaimanakah aku harus sujud kepadamu sedangkan aku terpaku di tiang sula ini?"...kata syaitan "Cukuplah dengan isyarat sahaja".

Barsyisyo patuh, seraya melakukan sujud kepada syaitan(iblis ma'un) dengan isyarat menganggukkan kepalanya terhadap iblis, saat itu adalah saat yang penghabisan untuk menghembuskan nafas yang terakhir bagi Barsyisyo..ia pun meninggal dunia dengan bertuhankan syaitan..Nau'zu billahi min Zalik.

Kalau dapat kita perhatikan, betapa halusnya iblis mempermainkan rohnya, untuk menukar haluan Barsyisyo yang abid ini..tentu timbul di hati kita perasaan cemas dan khuatir kalau-kalau iblis ini memperdayakan kita seperti ia memperdayakan Barsyisyo. Maka unuk menangkis tipu daya ini kita haruslah memperdalamkan ilmu pengetahuan agama terutamanya tauhid..semoga kita akan terselamat dunia dan akhirat.

Allahhummakh tim lana bi husnil khatimah wala takhtim 'alaina bisuil khatimah.

Ya allah sudahilah hidup kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah engkau sudahi hidup kami dengan kesudahan yang buruk.

koleksi pantun

Pantun Orang Malas Solat

Untuk diriku dan kawan-kawanku yang tersayang…
Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang…


Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
takkan 10 minit , Setiap satu waktu aku tak boleh luang...


Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang…

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang…?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang….

Apasal la aku malas sembahyang
siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!







koleksi pantun




Jom baca pantun!

Pantun Ramadhan Untuk Semua,Selamat beribadah..


Anak beruang tidur di riba
Di tumpang sama si anak mawa
Bulan Ramadhan dah tiba
Puasa yang lalu dah ganti semua?

Anak Pak Ali namanya Baba
Anak Pak Dolah namanya Ida
Bila bulan Ramadhan dah tiba
Demam gastrik mulalah melanda

Anak rimau berlumba lari
Berlari sampai melintasi titi
Setahun ada 365 hari
Takkan 30 hari pun dah nak mati?

Anak Ah Seng benama Ah Yok
Dilanggar basikal patah riuk
Jangan kita berpuasa yang yok
Bangun pagi buka periuk

Anak itik ke pantai Morib
Pergi bersama kawan-kawan
Time berbuka waktu Magrib
Baru Zohor dah tak tahan

Anak ayam makan kobis
Makan bersama anak ikan
Puasa tak pernah habis
Bila beraya dia yang sakan

Anak gajah berwajah cun
Nampak tikus terus lari
Jangan sesekali main mercun
Kang.. tak pasal-pasal ilang jari

Anak Zirafah lompat galah
Anak cipan bermain bola
Kalau nak berbelanja tu tak salah
Tapi jangan membazir pula


Anak gorila gagah perkasa
Amat terkenal di Kampung Sentosa
Maaf andai terkasar bahasa
Kami ucapkan selamat berpuasa

Anak keli dan anak haruan
Makan kenduri rumah Pak Borhan
Pantun nie sekadar gurauan
Gurauan nak menyambut bulan Ramadhan.


Moga Ramadhan tahun ini adalah yang terbaik dari sebelumnya. Terbaek......punya....InsyaAllah





kisah tauladan




Kisah Biskut

Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu, dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak di sebelahnya.

Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu.
"Alangkah tak malunya lelaki ni..... dah la tak mintak dari aku.... makan sama banyak dengan aku pulak tu...Pencuri!! " rungut wanita itu dalam hati.

Dalam pada itu, lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut terakhir yang terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu.

Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka, wanita itu berkata dalam hatinya.
"Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar." kata hatinya dengan marah.
Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya.

Apabila dia sampai di tempat duduknya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya dan ia masih elok belum terbuka.
"Jika biskut ini ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi..." getusnya.
Ya.. .biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biarpun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.

Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar.

Moral:
Jangan buruk sangka dengan orang. Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukan dari pandangan seseorang.

kisah tauladan




Doa Seorang Sahabat

Sebuah kapal karam diterjang badai hebat. Hanya dua lelaki yang dapat menyelamatkan diri dan berenang ke pulau kecil yang gersang. Dua orang yang selamat itu tak tahu apa yang harus dilakukan kecuali berdoa. Untuk mengetahui doa siapakah yang paling dikabulkan, mereka sepakat pergi ke daerah berasingan dan mereka tinggal berjauhan.

Doa pertama, mereka memohon diturunkan makanan. Esok harinya, lelaki pertama melihat sebuah pohon penuh buah-buahan tumbuh di sisi tempat tinggalnya. Sedangkan di daerah tempat tinggal lelaki yang lainnya tetap kosong.

Seminggu kemudian. Lelaki pertama merasa kesepian dan memutuskan berdoa agar diberikan isteri, keesokan harinya, ada kapal karam dan satu-satunya penumpang yang selamat adalah seorang wanita yang terdampar di sisi pulau tepat lelaki pertama tinggal. Sedangkan di sisi tempat tinggal lelaki ke dua tetap saja tidak ada apa-apa.

Segera saja, lelaki pertama ini berdoa memohon rumah, pakaian dan makanan. Keesokan harinya, seperti keajaiban, semua yang diminta hadir untuknya. Sedangkan lelaki yang kedua tetap saja tidak mendapatkan apa-apa.

Akhirnya, lelaki pertama ini berdoa meminta kapal agar ia dan isterinya dapat meninggalkan pulau itu.

Pagi siang hari mereka menemui kapal tertambat di sisi pantainya. Segera saja lelaki pertama dan isterinya naik ke atas kapal dan siap-siap berlayar meninggalkan pulau itu. Ia pun memutuskan meninggalkan lelaki kedua yang tinggal di sisi lain pulau. Menurutnya lelaki kedua itu tidak pantas menerima keajaiban tersebut kerana doa-doanya tak pernah terkabulkan.

Apabila kapal siap berangkat, lelaki pertama mendengar suara dari langit, "Hai. Mengapa engkau meninggalkan rakanmu yang ada di sisi lain pulau ini?"

"Berkatku hanyalah milikku sendiri, hanya kerana doakulah yang dikabulkan," jawab lelaki pertama.

"Doa temanku itu tak satupun dikabulkan. Maka ia tak pantas mendapatkan apa-apa,"

"Kau salah!" suara itu bertempik.

"Tahukah kau bahwa rakanmu itu hanya memiliki satu doa. Dan semua doanya terkabulkan. Bila tidak, maka kau takkan mendapatkan apa-apa."

Lelaki pertama bertanya, "Doa macam apa yang dia panjatkan sehingga aku harus berhutang atas semua ini padanya?"

"Dia berdoa agar semua doamu dikabulkan"

Moral :

Kesombongan macam apakah yang membuat kita merasa lebih baik dari yang lain? Banyak orang yang telah mengorbankan segalanya demi kebahagiaan kita. Tak selayaknya kita mengabaikan peranan orang lain, dan janganlah menilai sesuatu hanya dari "yang terlihat"





Ambil tahu




Kenali apa itu Trojan?

Trojan Adalah program yang biasanya di aktifkan dalam komputer tanpa pengetahuan kewujudannya dan memberi aksess penggunaan komputer itu oleh orang luar. Dari segi teknikal, ia bukan virus tetapi jatuh dalam katergori program bahaya yang boleh diaktifkan (digunakan) dalam komputer tanpa pengetahuan pengguna komputer itu. Terdapat pelbagai jenis trojan tetapi biasanya memberi aksess kepada rangkaian dari luar termasuk penggunaan program dalam komputer atau mendapatkan data yang ada dalam cakera keras komputer itu.

Mengapa kita perlu ambil tahu?

Teknologi Kabel dan DSL adalah unik dan memberi sambungan kelajuan tinggi dan beterusan kepada PC di rumah. Adalah dimaklumkan bahawa kelajuan dan keadaan sambungan berterusan Kabel/ DSL yang menarik masalah "crackers". Jika anda tidak berhati- hati, mereka boleh mengambil alih kawalan mesin komputer, mencuri data dan menggunakan komputer anda untuk melancarkan serangan kepada mesin komputer lain- tanpa pengetahuan anda.

Walaupun anda tidak menggunakan sambungan kabel atau DSL, trojan dalam komputer anda boleh digunakan untuk mendapatkan fail dari komputer anda atau menyebabkan pelbagai masalah dari segi lain.

Kita sentiasa melihat keadaan "serangan" ini tiap- tiap hari. Sistem komputer terdedah, nama samaran "nickname" kata laluan "password" dan data persendirian hilang, dicuri serta bandwith (pelanggan ISP) mereka dicuri dan digunakan untuk serangan dengan cara memutuskan sambungan Internet mereka atau membatasi perkhidmatan ISP mereka.

Pencegahan perlu sentiasa diambil dengan beberapa langkah untuk mengawal masalah ini dengan kaedah firewall dan antispyware yang berkesan . Setiap komputer dengan trojan adalah laluan untuk serangan terhadap rangkaian dan orang dengan niat tidak baik mengambil kesempatan untuk serangan ini. Serangan ini dilakukan dari komputer yang telah terdedah kepada trojan. Serangan ini dilancarkan dari mesin komputer ini dan agak menyukarkan untuk mengetahui asal usul serangan itu yang sebenar.

Walaubagaimanapun, ia adalah senang untuk seorang pengguna untuk mengesan dan menghapuskan trojan itu. Berikut adalah arahan apa yang anda perlu lakukan dan juga laman web kepada bebeberapa perisian (program) yang boleh membantu anda menangani masalah ini.

Pemeriksaan Sistem 10 minit

Pertama, pastikan sistem komputer anda bersih. Download dan buka program pengesan dan penghapus trojan. Ini akan mengesan serta menghapus aktiviti trojan lalu kembalikan sistem kepada keadaan asal. Walaupun perisian shareware terhad kepada 30 hari, Pembersih Trojan dari http://www.moosoft.com adalah amat berguna dan komprehensif.

Kemudian, kemaskinikan pengesan virus kamu dan pastikan definisi virus adalah terkini. Kebanyakkan pengesan virus juga dapat mengesan dan menghentikan aktiviti trojan. Ia juga akan mengesan dan menghapuskan apa- apa virus yang sistem komputer anda mungkin ada. Anda dinasihati supaya memastikan definisi virus anda adalah terkemaskini.

Berikut adalah links kepada laman web beberapa syarikat yang memprogramkan pengesan virus.

McAfee, http://www.mcafee.com

Norton, http://www.norton.com

Trend Micro, http://www.antivirus.com

Sekarang tutup segala pintu terbuka "open doors" dalam komputer kamu dan lawat laman web http://www.grc.com dan uji sistem komputer anda. Anda akan mungkin menemui port netbios terbuka yang mengakibatkan serangan luar terhadap komputer tanpa pengetahuan anda. Terdapat arahan di laman web itu untuk membantu anda membaik pulih keselamatan sistem komputer anda.

Adalah dicadangkan untuk menggunakan "safe mode" semasa melakukan pemeriksaan sistem untuk mengesan virus dan trojan dengan lebih berkesan.

Akhir sekali, beri pertimbangan untuk menggunakan firewall. Ini dapat memastikan serangan luar dapat dielakkan. Terdapat senarai daftar dan serta maklumat fungsi perisian itu dan yang terbaik di http://grc.com/su-firewalls.htm.

Zone Alarm dari http://www.zonelabs.com adalah percuma untuk kegunaan peribadi dan senang digunakan.

Mudah mudahan, dokumen ini dapat memberi panduan dan komputer anda adalah bersih dari trojan dan virus and kekal bersih.

Ambil tahu




Kenali dadah : Apa itu dadah?


Dadah atau dengan bahasa englishnya "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita. Apabila mendengar sahaja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.

Dadah dan Anda!

Menurut Kamus Dewan Melayu – Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "Drug", perkataan "Use", "Misuse" atau "Abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "drug". Contohnya "drug abuse" atau "misuse of drug" yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.

Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenios bahan yang mendatangkan memudaratan kepada kesihatan seseoarang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya.

Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah di dalam hidup anda. Ubat-ubatan seperti "paracetamol" dan "antibiotic" membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat. Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai "caffeine".Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, pengunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.

Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpama ini. Jenis dadah seperti kokain, ganja, heroin, syabu, dan "ecstasy" diambil untuk mengubah perasaan dan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai "dadah yang disalahguna".

Ambil tahu


Apa itu fatwa?

KEPUTUSAN FATWA

Dari segi Bahasa
memberi jawapan/penjelasan bagi sesuatu masalah agama

Dari Segi Istilah
Penjelasan mengenai hukum syarak oleh Mufti bagi sesuatu masalah agama berdasarkan dalil syarak sebagai jawapan kepada sesiapa yang bertanya, baik secara sendirian atau berkumpulan.

FATWA
Fatwa ialah keputusan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti dan telah diwartakan oleh kerajaan negeri bagi proses penguatkuasaan undang-undang.

PROSES MENGELUARKAN KEPUTUSAN

Proses mengeluarkan jawapan dilakukan secara berjemaah samada di peringkat negeri ataupun di peringkat kebangsaan.

SYARIAT FATWA DALAM ISLAM

Islam mensyariatkan umatnya bertanya kepada orang yang berilmu sekiranya mereka mendapati sesuatu masalah itu tidak jelas hukumnya.

SKOP FATWA

Isu atau masalah yang timbul dalam msayarakat dan belum jelas hukum mengenainya.
Pendapat yang berbeza antara ulama yang memerluan pemilihan(tarjih)
Isu-isu yang telah difatwakan di negar-negara lain yang perlu isesiakan mengikut keadaan setempat.
Isu-isu yang bersifat global dan berkaitan dengan kepentingan umat Islam.









menu pilihanku



LAKSA PENANG



Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )


· 3-4 paket laksa beras cap Zong Shan
· *Bahan kuah laksa*
· 1 kg ikan kembung
· 3-4 ulas asam keping
· 1/2 labu bawang besar
· 7-10 ulas bawang merah
· 5-6 ulas bawang putih
· 3-4 cm halia
· 10-12 sudu makan cili giling
· 7-10 biji cili padi
· 1/2 cawan air asam jawa
· 3 cm belacan
· segenggam daun kesum
· 1 batang bunga kantan
· garam secukup rasa

· *Bahan ulam laksa*

· 4-5 biji telur rebus - dibelah dua
· 1 biji cili merah - dihiris
· 1 biji cili hijau - dihiris
· 1/2 labu bawang besar - dihiris
· 5-6 biji cili padi - dihiris
· 1/2 biji nanas - dihiris
· 1batang timun - dihiris memanjang
· 5-6 biji limau kasturi - dibelah dua
· 4-5 helai daun salad - dihiris
· sedikit daun pudina


Cara-cara

1. *Laksa* Laksa direndam dalam air sekurang-kurangnya setengah jam...Kemudian direbus sampai 'al-dente'...Laksa ditoskan dan diketepikan...

2. *Kuah laksa* Ikan direbus bersama asam keping dan sedikit garam...Kemudian, asingkan ikan rebus dan ketepikan air rebusan bersama asam keping tadi...

3. Ikan rebus diperisikan lalu dikisar...Kemudian, campurkan isi ikan dikisar ke dalam air rebusan ikan tadi...Tulang ikan turut dikisar...Tulang ikan kisar ditapis ke dalam ramuan tadi juga...

4. Kisarkan bawang merah, bawang putih, bawang besar, cili padi dan halia...Bahan-bahan dikisar ini dicampurkan kepada ramuan ikan rebus tadi...Kemudian, panaskan periuk...

5. Masukkan cili giling dan belacan...Lalu masukkan air asam jawa...

6. Masukkan daun kesum dan bunga kantan... Kacau perlahan-lahan...Masak hingga mendidih...Kecap rasa masin, masam, dan pedasnya...Bubuhkan garam secukup rasa...Sedia untuk diangkat dan dihidangkan bersama laksa dan ulam-ulamannya :

Menu pilihanku








PUDING TRIFFLE


Nama lain pudding ni kita panggil  puding 4 layer sebab ada 4 lapisan. Kena buh 4 bahan utama baru bleh jadi. Lepas siap simpan di peti sejuk pas tu yum...yum.. enak banget gitu lo...


Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )

· Kek secukupnya (butter/marbel ikut citarasa masing2) -utk disusun sebagai lapisan bawah puding.
· 3 sudu besar Tepung kastard
· 1 sudu besar Gula
· 1 cawan air
· 1 tin Susu Cair Ideal (blh guna brand lain,tp brand Ideal lebih sedap)
· 1 tin Buah2an dlm tin/fruit in syrup (peach@buah2an cmpuran) toskan & ketepikan airnya
· 1 bungkus Jelly/Agar2 perisa strawberry (cap Nona)
· 1 cawan air untuk larutkan Jelly


Cara-cara

1. Bancuhkan tepung kastard bersama satu cawan air,kacau sampai larut. (jgn biar berketul
2. Masukkan bancuhan tadi ke dlm periuk,masukkan gula,1 tin susu cair dan air sirap dari buah2an dlm tin.
    Kemudian panaskan di atas api sederhana.
3. Kacau selalu sehingga pekat & likat. Setelah siap terus tuangkan adunan ke dalam bekas yang telah
    disusun kek. (**kek dihiris nipis & disusun dalam bekas puding @ mangkuk kecil)
4. Ratakan adunan kastard sehingga menutupi lapisan kek yang disusun tadi.
5. Setelah itu,bolehlah susun buah-buahan dalam tin di atas adunan kastard.

Akhir sekali bancuhkan Jelly bersama 1 cawan air dan larutkan (**atau ikut cara2 melarutkan jelly di belakang bungkusan). Setelah larut,tuangkan ke atas buah-buahan yang disusun sehingga menutupi buah yg disusun. Masukkan dalam petisejuk selama 2jam dan hidangkan sejuk..Selamat mencuba.