Blogger Widgets

Rabu, 19 September 2012


buat permata hatiku...Shamel,hanash dan loubna

Wahai anak
Dengar..........



Bertaqwalah kamu kepada Allah
kerana itu akan membawa seluruh dunia kepadamu

Cintailah Rasulullah
kerana itu akan membuat dunia lihat lebih hebat dari kamu

Bacalah Alquran
kerana itu akan menjadi teman buat kamu

Banyakkan Selawat
kerana itu akan membuat Rasulullah cinta kepada kamu

Ikhlaskan dirimu
sabarlah kamu
Istiqomahkan dirimu

kerana
kata Rasulullah
Bagi Allah itu ada ahlinya,
dan Ahli Allah adalah Hamlatul Quran, itu adalah kamu
kamu dalam usaha menjadi ahli Allah
Jangan kamu tergamak mengundang benci Allah
Jangan kamu selesa di dalam murka Allah

Kerana,
Allah itu adalah Allah
Tiada tuhan melainkan Allah
Azab Allah sangat dasyat

Wahai anak
dengar......
kamu anak-anak yang hebat
kamu anak-anak yang kuat
kuat semangat
banyak selawat
tingkatkan zikir munajat
pohon ampun doa dipanjat
Buat Allah, tuhan alam sejagat

by;
Don Daniyal Don Biyazid

Isnin, 17 September 2012


MAAJUN ANGGUN BESTARI (MAB)
Ingin merancang kehamilan secara tradisional???


ANDA SEMAKIN HAMPIR DENGAN JAWAPAN YANG ANDA CARI SELAMA INI.. TELAH DIPERCAYAI OLEH KEBANYAKAN WANITA-WANITA MALAYSIA..
KINI GILIRAN ANDA!!!
Dijamin 100% dengan syarat ikut disiplin dan syarat yang ditetapkan.
Telah diamalkan tradisi keluarga sejak 20 dulu.
Kandungan Maajun Anggun Bistari
1. Kacip Fatimah
2. Serapat
3. Senduduk
4. Inai
5. Manjakani
6. Habbatus Sauda
7. Rempah Ratus

Khasiat - Khasiat Maajun Anggun Bistari
1. Merancang keluarga & merancang kehamilan.
2. Merawat keputihan yg teruk.
3. Mengecut dan merapatkan saluran peranakan.
4. Membuang darah kotor atau toksin melalui darah haid.
5. Menstabil hormon kewanitaan dlm badan-mencantikan kulit.
6. Melancarkan aturan haid setiap bulan.
7. Melancarkan perjalanan darah.
9. Melawaskan pembuangan air besar
10.Kawal kolesterol dalam darah
11.Mencantik dan menegang payu dara
12. Menambah tenaga
13. Merapat hubungan suami isteri


Berminat untuk mencuba?
Sila dapatkan  : Pn Yatie
                           0123640245

Khamis, 13 September 2012


Cara mengira waktu subur wanita

KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?

Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat dan merancang keluarga.

Kedua-duanya adalah sama penting.
Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

MARI KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA

Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.
Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid.
Anda perlu memahami fasa ini.
Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.
Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.
Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.
kitaran haid
BILAKAH WAKTU SUBUR?
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period – NOT your previous period)
Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari – 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.
Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.
CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.L.

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.
Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.
Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.
Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.
MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN
Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.
Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.
Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.
Kesuburan dan peluang kehamilan
Seorang suami bertanya kepada saya, jika tidak mengira dan mengenal pasti waktu kesuburan, berapakah peratus kehamilan seorang wanita? Adakah pasangan lelaki-wanita yang berjima’ sekali saja, boleh hamil?
Menurut kajian yang dilakukan oleh Barrett dan Marshall mendapati hubungan jima’ secara rawak hanya mencapai 24% peluang kehamilan bagi setiap kitaran haids bagi seorang wanita.
Ini bermakna ianya terlalu kecil. Maka peluang untuk kehamilan hanya akan dapat ditinggikan dengan mengenal pasti waktu kesuburan isterinya.
Jadi apakah itu waktu kesuburan (Fertile window)?
Ia adalah waktu yang paling subur di mana waktu beberapa hari dalam setiap kitaran haid untuk mendapatkan kehamilan selepas melakukan jima’. Bagi kitaran haid yang tetap, secara teori, ianya meliputi enam hari iaitu, lima hari sebelum ovulasi dan sehari selepas ovulasi.
Bagi mereka yang keliru dengan perkataan Ovulasi, ia berlaku semasa telur ovum yang matang dilepaskan dari ovari, dan akan bergerak ke tiub fallopian untuk disenyawakan. Bagi kitaran haid yang berlangsung selama 28 hari, ia berlaku antara hari ke 14 atau ke 15 dari hari pertama seseorang wanita itu mengalami pendarahan haid.
Kitaran haid yang tetap kadang kala disangka sebagai kitaran haid yang mengeluarkan telur ovum yang matang (kitaran yang subur), manakala kitaran haid yang tidak tetap kadang-kala dianggap sebagai kitaran haid yang tidak mengeluarkan ovum (kitaran tidak subur).
Namun ianya mungkin berlaku sebaliknya. Ramai wanita yang tidak mempunyai kitaran haid yang teratur namun tetap menghasilkan ovum, manakala yang mempunyai kitaran haid yang teratur pula tidak menghasilkan ovum. Ini semua adalah ketentuan Allah. Maka bersyukurlah wanita yang tidak ada masalah untuk hamil. Bagi wanita yang bermasalah, berdoalah semoga Allah mengubahkan takdirnya.
Bagaimana mengenalpasti Fertile Window?

Fertile Window
Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang tetap (28 hari kitaran haidsnya), fertile windowbagi si isteri ialah antara hari ke 10 dan hari ke 15.
Namun bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur, bagaimana pula?
Dengan menggunakan kaedah Menandakan Kalendar, seseorang wanita menggunakan kitaran haid yang lepas sebagai panduan dan mengagak masa kesuburannya.
Bermula dengan menyimpan rekod bertulis kitaran haid selama 8-12 bulan berturut-turut. Tandakan hari pertama pendarahan haid sebagai hari pertama bagi kitaran haid itu.
Pilih kitaran haid yang paling panjang dan yang paling pendek. Tolakkan 18 daripada kitaran haid yang terpendek, dan ianya adalah hari pertama bagi hari pertama kesuburan. Tolakkan 11 daripada kitaran haid yang terpanjang dan tandakannya sebagai hari terakhir kesuburan.
Contoh:
Mac
29 hari
April
26 hari
(kitar haid terpendek)
May
30 hari
Jun
31 hari
(kitar haid terpanjang)
Julai
30 hari
Dalam contoh ini, kitar haid yang terpendek ialah kitaran haid yang mempunyai 26 hari manakala kitar haid yang terpanjang ialah yang mempunyai 31 hari. Tolakkan 18 dari 26 iaitu hari ke 8 sebagai hari subur yang pertama dan tolakkan 11 dari 31 iaitu hari ke 20 sebagai hari subur yang terakhir. Maka waktu subur antara hari ke 8 hingga hari ke 20.
Mengagak dengan lebih tepat
Kehamilan hanya akan berlaku jika ada kehadiran ovum iaitu pada pertengahan kitaran haid (bagi kitaran haids yang tetap).
Setelah ovulasi, ovum akan hidup di luar ovari selama 24 jam manakala sperma yang telah dikeluarkan oleh si suami pula boleh hidup selama lima hari di dalam badan wanita.
Maka dalam keadaan yang sempurna, waktu kesuburan (fertile window) hanya berlangsung selama enam hari, iaitu lima hari sebelum ovum dikeluarkan dan 24 jam selepas ovum dikeluarkan (ovulasi)
Namun semuanya bergantung kepada kehadiran cervical mucus yang baik, metabolisma sperma, daya tahan sperma itu, tahap pH pada vagina dan banyak faktor yang tidak dapat dikawal oleh manusia.
Maka saat yang benar-benar subur adalah sehari sebelum ovulasi dan sehari selepasnya. Peratusan kehamilan adalah lebih tinggi, lebih kurang 60%.
Jika kaedah Menandakan Kalendar ini menjadi sukar bagi sesetengah pasangan, terutama bagi si isteri yang tidak mempunyai kitaran haid yang teratur, ada beberapa cara lain untuk menentukan fertile window.
Antaranya menggunakan alat untuk ujian air kencing. Ia boleh mengesan kenaikan hormon LH secara tiba-tiba (LH surge) yang berlaku 24 hingga 36 jam sebelum ovulasi. Apabila ianya positif, hubungan jima’ haruslah dilakukan pada malamnya kerana ia adalah waktu kesuburan.
Dan ada beberapa teknik lain seperti Cervical Mucous Monitoring dan Basal Body Temperature.
Namun yang lebih penting, bukan sahaja cahayamata yang dinantikan tetapi juga menginsafi diri bahawa kejadian kita adalah sesuatu yang sangat berharga. Ianya hanya pinjaman dan akan diambil semula. Gunakan masa yang ada sebaiknya.

Disunting oleh Mama Murai
Artikel by Dr Azwan dan Dr Zubaidi Hj Ahmad


Ahad, 9 September 2012

CATATAN KEMBARA


LAWATAN PENGAWAS PSS DESSO 2012



Pada 2hb hingga 5hb Mei 2012 baru-baru ini Pusat Sumber Sekolah SMK Sultan telah mengadakan lawatan ke 3 buah negeri iaitu Pulau Pinang, Perak dan Pahang.

Perjalanan dari SMK Sultan Omar ke USM mengambil masa selama 10 jam. Sesampai sahaja pada jam 5.30 am kami terus menuju ke tempat penginapan iaitu di Desa Cahaya Gemilang, USM. Setelah selesai urusan peribadi masing-masing kami bersedia untuk destinasi lawatan yang pertama iaitu ke Persatuan Pengguna Pulau Pinang atau di kenali dengan nama CAP.




Sampai sahaja kami di CAP kami disambut mesra oleh Puan Salehah Mohamad namun sayang kami tidak sempat untuk merakam gambar di pejabat urusan CAP kerana bergegas ke tempat taklimat sebenar di bangunan yang lain. CAP adalah Persatuan Pengguna yang paling aktif serta paling banyak menyumbang khidmat kepada masyarakat namun kawan-kawan nak tau hebatnya sumbangan yang mereka taburkan tidak sebanding dengan tempat mereka memberikan khidmat dan berkarya. Pejabat urusan mereka boleh diumpamakan seperti pejabat pada zaman cerita P.Ramlee (Madu 3).Itu yang membuatkan kami berbangga dengan kesederhanaan mereka. Banyak maklumat serta nasihat yang kami perolehi.Terima kasih En. Roslan dan Pn.Salehah. Semoga CAP terus bersemangat dalam mencari dan menyampaikan maklumat kepada masyarakat.


Destinasi kami yang ke dua ialah ke Bukit Bendera. Bukit Bendera berada pada ketinggian lapan ratus tiga puluh meter di atas George Town, puncak Bukit Bendera (Bahasa Inggeris: Penang Hill) mempunyai suhu yang dingin dan panorama yang mengasyikkan. Dari Bukit Bendera ini kita akan dapat melihat panorama Negeri Pulau Pinang yang sangat indah. Untuk ke puncak kita boleh melalui 3 cara iaitu menaiki keretapi dengan jarak 2KM, menaiki pajero dengan jarak 5.1 KM atau berjalan kaki 2 hingga ke 3 jam.


Destinasi kami yang seterusnya ialah membeli belah di Bazar Chowrasta. Turun sahaja kami dari bus ada seorang wanita telah menawarkan buah-buah jeruknya untuk kami rasa. Bukan setakat se je malah penuh mulut kami dengan buah jeruk free ni. Tapi usaha wanita ni memang berbaloi kerana lepas tu satu bus dok pakai serbu kedai jeruk dia.tak menang tangan dia dibuatnya. Itu lah orang berniaga tak bleh lokek. Tengok brapa punya untung da....nama kedai tu ialah Nasir Jeruk..tukang promosi tak bertauliah....


Destinasi yang seterusnya ialah ke Muzium permainan yang terbesar di dunia. Muzium ini terletak di Malaysia ? Jangan tidak percaya muzium ini terletak di Georgetown ,Penang ,Malaysia.

Terdapat lebih 100,000 permainan ,patung dan barang pengumpulan yang menarik. Muzium ini juga tersenarai dalam Malaysia Book of record sebagai muzium permainan pertama di Malaysia dan mempunyai permainan yang banyak. Menurut cerita tuan punya Muzium ni, asalnya kerana hobi beliau yang terlalu obses dengan barangan permainan yang membawa beliau megelilingi dunia untuk memenuhi minatnya itu. Hebatkan dari hobi bleh buat duit.



Sebelah malam pula kami ke Up Town Batu Feringgi. Perjalanan menuju ke sana memang sangat mengujakan kerana jalannya seperti ular kena palu. Sesampai sahaja di sana apa lagi kami pun cuci mata dan mula mencari apa sahaja cenderamata yang boleh dijadikan kenangan untuk dibawa pulang.
Berakhirlah episode hari pertama lawatan kami di Pulau Pinang. Selamat malam zzzzzzzzzz.............


Destinasi lawatan kami pada hari kedua ialah ke negeri Perak pula. Hari ini kami berangkat ke Taiping. Destinasinya ialah Zoo Taiping.

Semasa di Zoo Taiping kami telah di bahagikan kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan diberi seorang pemandu pelancong. Zoo...! bukan tak pernah pergi sebelum ini, tapi kali ini memang berbeza. Selama ini kita pergi tengok binatang sambil lalu sahaja namun bersama dengan pemandu pelancong kami diberikan banyak info dan panduan yang berguna. Kawan-kawan nak tahu pihak Zoo Taiping membelanjakan RM 1 juta setahun hanya untuk makanan binatang sahaja.oooo baru tahu. Binatang yang paling setia sekali ialah swan putih...bab tu la bila orang tengah asyik bercinta swan ini sering dijadikan mascot. Swan ini binatang paling setia kerana bila pasangannya mati dia tidak akan mencari pengganti. Unta pula adalah binatang paling lembut tapak kakinya sehinggakan pijak telur pun tak pecah.. Subhanallah..memang berbaloi ke Zoo kali ini.rasa macam nak jadi sukarelawan la pulak...


Destinasi yang kedua kami ke Muzium Perak. Muzium ini merupakan muzium yang tertua di Semenanjung Malaysia. Kebanyakkan koleksi terawal muzium ini adalah bahan-bahan etnologi dan antropologi dll yang sebahagiannya diklasfikasikan sebagai koleksi nadir (rare) berusia lebih seratus tahun seperti spesimen binatang jenis benturong dan pulasan, tengkorak dan berpuluh kerangka binatang serta tembikar jenis perasapan yang kini hampir pupus atau sukar ditemui. Kebanyakan koleksi atau artifak ini diperagakan dalam empat galeri utama muzium yang ditempatkan di dalam bangunan berusia hampir 120 tahun yang dibina tahun 1883 berkonsep senibina British kuno jenis Art Dico. Subjek Sejarah kan dah jadi subjek wajib, jadi kena lebih cakna....


Destinasi seterusnya kami Kuala Kangsar melihat orang membuat labu sayong. Labu sayong ialah sejenis bekas tembikar bernama labu berwarna hitam yang merupakan produk perusahaan kraftangan yang sangat popular bagi masyarakat di daerah Kuala Kangsar. Bekas menyimpan air yang dihasilkan daripada tanah liat ini dibentuk dan diukir dengan teliti. Motif ukirannya banyak menjurus kepada unsur tradisional, khususnya bunga-bungaan seperti bunga tanjung, padi, senduduk, lawang, cengkih dan pucuk rebung. Khasiat minum air dari bekas tanah liat ini memang tidak boleh dinafikan kerana diikatakan boleh menyejukkan badan serta membuat toksin dari badan...ehh..ye ker...?


Banyak dah perkongsian pengalaman. Ni lah dia jauh perjalanan luas pengalaman. Destinasi yang seterusnya ialah ke negeri Pahang pula iaitu Cameron Hinghlands. Perjalanan sejauh 120 KM melalui Simpang Pulai. Kami sampai di Brinchang pada jam 8.00 pm. Sampai jer kat tempat sejuk apa lagi perut pun terus berkeroncong. Azim (Driver) macam faham-faham jer terus bawa kami ke pasar malam di sana dan kami terus membeli makanan kegemaran masing-masing dan setelah selesai membeli kami terus ke penginapan di Appartment Desa Anthrium di Tanah Rata.

Landing time......zzzzzzz.....................






Fuhhh...yooo....keluar asap kat mulut....dok sejuk mana pung!. Banyak sangat eksploitasi pembangunan dan penerokaan kawasan bukit menyebabkan Cameron tak sesejuk 10 tahun yang lalu.

Destinasi kami yang seterusnya pada hari ketiga ini ialah Agro Technology Park (Mardi) Memang best macam-macam ada. Tak sangka kami jumpa Miss Kathy kat sini. Kecil jer Malaysia ni. Kat Mardi ni kami dapat lihat macam-macam dengan harga tiket RM40 untuk sebuah bas. Sesangat berbaloi ada kebun strawbery, Ros, sayuran, Apple, Pear, Teh, Rumah dan Taman Inggeris, Taman Herba, ratusan jenis bunga-bungaan dan bermacam lagi.

Destinasi berikutnya sebelum ke ladang teh kami ke beberapa buah stesyen jualan hasil produk Cameron Hinghlands. Shopping time.. kalau boleh sekedai nak dibeli bebudak ni. Lum kerja lagi dah berbelanja sakan. Ni lah rezeki melimpah ruah yang Allah beri dan patut kita syukuri....



Destinansi terakhir kami ialah ke ladang Teh di Cameron Valley, Bharat Plantation. Indahnya permandangan hijau ladang teh ini, cukup menarik dan menenangkan. Ditambah pulak dgn suhu yg sejuk, ada pulak angin yang bertiup, memang breathtaking. Mahu jer rasanya nak lepak lama- lama just to enjoy the view, sambil tenangkan fikiran. Menurut pemilik ladang teh yang luas ini bahawa pokok teh ini telah berusia lebih 80 tahun dan boleh menjangkau ratusan tahun. Menurutnya lagi teh adalah minuman yang terbaik dan bersifat antioksidan. Teh baik diminum panas dan khasiatnya akan hilang bila dibiarkan sejuk selama berjam-jam.Sebab tu la orang melayu kita ni tak buleh minum teh takut angin lah padahal teh tu tidak diminum masa panas di biarkan sejuk tu yang hilang khasiatnya.oo...baru tau. Tips dari pemilik ladang. Teh juga elok diminum tanpa gula. Seuncang teh hanya untuk hidangan secawan teh kalau teh untuk pot hanya untuk 2 cup sahaja kalau tidak khasiatnya tarak...kita kalau buleh jimat sungguh seuncang bleh buat seteko or sejag padan la kita minum perisa gula jer ...he..he..

Wokeh la. Jalan pun sudah, shopping pun sudah, cuci mata pun dah, pokai dah...sampailah masa untuk berangkat pulang ke Dungun. Jauhnyer perghh.... 4-5 jam lagi baru sampai Dungun ni.
Alhamdulillah kami semua selamart sampai di perkarangan SMK Sultan Omar Jam 10.45 pm.
Banyak da perkongsian...kita ini penat da. Jumpa lagi di lain episode lawatan.... have a nice day.

kongsi


Menyusu Selepas 2 Tahun

Di dalam surah al-Baqarah menyebut tentang tempoh masa penyusuan susu ibu:

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. 

Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan” (2:233)
Dari ayat ini ada 2 penafsiran :

1. Kewajipan menyusukan bayi sehingga 2 tahun untuk menyempurnakan penyusuan.
2. Kewajipan untuk BERHENTI menyusukan selepas anak berusia 2 tahun.

Saya menerima banyak soalan dan mendengar banyak pendapat tentang TIDAK BOLEH menyusukan anak yang berusia lebih dari 2 tahun, samada atas sebab2 merepek misalnya susu jadi darah, susu dah tak ada khasiat dan sebagainya; kepada sebab2 yang agak bijak seperti di dalam al-Quran state “2 tahun”, ibu mesti berhenti untuk susukan anak lain dan sebagainya. Malah ada yang mengatakan menyusu selepas 2 tahun adalah HARAM.

Kita ikuti jawapan yang diberi oleh Kapten Hafiz Firdaus (penulis buku Pedoman Bermazhab Cara Islam, The Wahhabi Myths dan sebagainya), dalam Majalah Pa&Ma Mei 2011:

Saya suka dengan jawapannya “tempoh menyusu 2 tahun adalah OPTIMUM, bukan minimum mahupun maksimum. Optimum maksudnya yang terbaik, yang paling bagus, the most favorable… Jadi sebaik2 waktu penyusuan ialah 2 tahun. Walau bagaimanapun tiada dosa sekiranya ibu bapa bersepakat untuk mencerai susu sebelum tempoh itu (seperti termaktub dalam surah al-Baqarah di atas) dan tidak ada larangan untuk menyusukan selepas tempoh itu.

Selagi proses penyusuan (selepas 2 tahun) itu tidak menyusahkan mana-mana pihak, baik ibu mahupun anak, maka ia tidak memudaratkan untuk diteruskan. Anak saya sendiri dalam proses ‘weaning’. Lebih mudah untuk wean anak yang dah besar, senang nak cakap; tak payah nak letak2 kopi, jadam segala. Saya pernah buat macam tu juga – letak macam2 tapi budak bijak ni dia sapu je. Macam tu kita pun stress – sebab nak weaning dia sangat; dan pun stress – ‘dikenakan’ dengan macam2. Finally let them wean themselves off.

Apa-apa pun pilihan masing-masing. Jika ibu bapa boleh memilih untuk tidak menyusukan anaknya hingga tempoh penyempurnaan, juga tidak ada halangan untuk yang mahu melepasi batas waktu itu. Menghayati surah al-Baqarah ayat 233 itu, ada statement yang menyatakan ..”Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya”. Indah bukan. Ibu tidak perlu menderita kerana anaknya, dan diberitahu pula ibu bapa boleh bersepakat untuk memberhentikan penyusuan meskipun anak belum berumur 2 tahun. Bayangkan jika Allah wajibkan menyusu penuh hingga 2 tahun… bagaimana dengan ibu-ibu yang tidak dapat melakukannya, misalnya kerana sakit, atau bermasalah sehingga benar2 tak boleh menyusukan… cantik kan susunan Allah itu.

Walau bagaimanapun, tak mudah untuk menyusukan selepas 2 tahun ni. Bukan tak mudah ape, banyak sangat tekanan dari luar. Orang masih belum boleh terima lagi extended breastfeeding. Biasa anak2 yang besar (bukan lagi bayi) menyusu akan kena ejek “Eeiii tak maluuu”. Malah ada pendapat yang menyatakan penyusuan selepas 2 tahun lebih mendedahkan ‘unsur seksual’ kepada anak tersebut. Mungkin sebab mereka nampak payudara itu sebagai ‘objek seks’.

Entahlah ye, adakah budak2 yang sibuk buat kerja haram sana-sini tu adalah budak2 yang dulunya menyusu selepas 2 tahun? Menarik juga kalau ada orang nak kaji (serius ni). Kalau benar terbukti, maka memang wajar kita berhentikan penyusuan setakat 2 tahun saja.


kongsi


Kenali Peranan Vitamin A-D

Vitamin adalah elemen yang penting untuk peranan tubuh yang sempurna. Mari kita semak semula peranan vitamin-vitamin A-D untuk tubuh kita.

Vitamin A
Vitamin A popular sebagai vitamin untuk mata. Kekurangan vitamin A berkait rapat dengan rabun malam serta masalah pengelihatan seperti glaukoma dan katarak. Vitamin A sebaiknya diambil dalam bentuk pro-Vitamin A yang hanya akan ditukarkan menjadi vitamin A apabila diperlukan. Vitamin A berlebihkan disimpan dalam hati dan menjadi toksik kepada tubuh.

Vitamin B1
Vitamin B1 membantu dalam menghasilkan acetylcholine, yakni transmitter yang diperlukan oleh otak untuk daya ingatan. Orang nyanyuk dan alzheimer mengalami masalah kekurangan acetylchone dalam otak mereka.

Vitamin B6
Vitamin B6 adalah vitamin anti-tekanan. Ia adalah sebagai kofaktor untuk enzim yang menukarkan L-tryptophan kepada serotonin dan L-tyrosine kepada norepinephrine. Kekurangan vitamin B6 menyebabkan proses tersebut terganggu lalu membuatkan seseorang menjadi tertekan. Menurut kajian, orang yang sering dalam keadaan tertekan adalah mereka yang mengalami kekurangan vitamin B6.

Vitamin B12
Vitamin B12 lebih kurang vitamin B6 – membantu mereka yang mempunyai masalah tidur, kurang daya ingatan, nyanyuk, depresi serta masalah psikiatri. kekurangan vitamin B12 menjadikan seseorang itu mengalami masalah kognitif dan masalah personaliti.

Asid Folik
Selain dari penting untuk ibu hamil (bagi mengelakkan masalah tiub neural pada bayi) & ibu menyusu, asid folik penting untuk fungsi otak dan emosi. Kekurangan asid folik menyebabkan seseorang mudah marah, sukar tidur, senang lupa, gemuruh dan sebagainya.

Vitamin C
Selain untuk kecantikan kulit dan sel, vitamin C sebenarnya memainkan peranan penting dalam kesihatan mental. Ia terlibat dalam metabolisma tyrosine kepada dopamine, serta kofaktor utama untuk sintesis norepinephrine, dopamine dan trypophan. Vitamin C (asid askorbik) diperlukan oleh mereka yang mengalami masalah psikiatri seperti depresi, mania dan paranoia. Pesakit schizophrenia menunjukkan perubahan positif selepas diberi vitamin C.

Vitamin D
Vitamin D berkait rapat dengan masalah kognitif terutama di kalangan warga emas. Walaupun Vitamin D boleh didapati secara semulajadi dari cahaya matahari, namun harus awas kerana masalahnya sekarang kita kurang terdedah kepada cahaya matahari yang sihat.
Itulah antara kepentingan vitamin2 A-D terhadap tubuh kita. Jadi kalau ada mengalami masalah di atas, maka langkah terbaik adalah dengan mengubah diet harian dan boleh mengambil supplemen.


kisah dan tauladan


Asiah Binti Mahazim (Isteri Firaun)

Tersebutlah alkisah di negeri Mesir terdapat kerajaan yang diketuai oleh raja yang terakhir bernama Fir’aun yang terkenal dengan keganasan dan tidak berperikemanusian. Setelah kematian isterinya beliau hidup bersendirian tanpa teman hidup. Pada ketika itu tersebutlah satu kisah di mana seorang gadis jelita dari keturunan keluarga Imran yang baik-baik dan solehah yang bernama Siti Asiah yang sentiasa menjadi sebutan di kalangan pemuda-pemuda Mesir kerana keperibadian dan kejelitaannya.

Kisah kejelitaan Siti Asiah telah sampai ke telinga Fir’aun dan suatu hari beliau teringin untuk memperisterikan Asiah sebagai permaisurinya. Maka diutuskan seorang Menteri bernama Haman untuk merisik. Ibu bapa Asiah telah bertanya kepada tuan empunya diri tetapi Asiah telah menolak lamaran tersebut dan berkata kepada kedua ibu bapanya bahawa Fir’aun adalah seorang raja yang ingkar kepada Allah SWT dan tidak berperikemanusiaan.

Tidak lama kemudian Haman, utusan Fir’aun datang kembali untuk bertanyakan tentang lamaran tersebut dan alangkah marahnya beliau setelah mendapat tahu yang lamaran Fir’aun telah ditolak. Ibu bapa Asiah telah dicaci dan dihina. Haman kemudian telah pulang dan memberitahu kepada Fir’aun akan berita buruk tersebut dan Fir’aun telah menjadi marah dan memerintahkan supaya kedua ibu bapa Asiah ditangkap.

Mereka telah diseksa dan dimasukkan ke dalam penjara. Setelah itu Asiah ditangkap dengan menggunakan kekerasan dan kemudian dibawa ke istana Fir’aun dan bertemu dengannya. Di hapadapan Fir’aun, Asiah kemudiannya telah diketemukan dengan kedua ibu bapanya di dalam penjara. Asiah amat sedih melihat keadaan kedua orang tuanya yang disiksa oleh Fir’aun.

Kemudian Fir’aun berkata.. “Hai Asiah, jika engkau seorang anak yang baik, tentulah engkau akan sayang terhadap orang tuamu, maka oleh kerana itu engkau boleh pilih satu antara dua. Kalau kau menerima lamaranku bererti engkau akan hidup senang dan akan aku bebaskan kedua orang tuamu. Dan sebaliknya jika engkau menolak lamaranku,maka aku akan perintahkan mereka untuk membakar hidup-hidup kedua orang tuamu di hadapanmu.”

Oleh kerana ancaman itu, maka Siti Asiah terpaksa menerima pinangan Fir’aun akan tetapi beliau telah meletakkan beberapa syarat:

1. Bahawa Fir’aun harus membebaskan kedua ibubapanya.
2. Harus membuatkan rumah yang indah lengkap dengan perkakas
3. Bahawa orang tuanya harus dijamin kesihatan beserta makan dan minumnya.
4. Bahawa Asiah bersedia menjadi isteri Fir’aun, hadir dalam acara-acara tertentu tetapi tidak bersedia tidur bersama Fir’aun.
Sekiranya permintaan-permintaan tersebut tidak dipersetujui, beliau rela mati dibunuh bersama kedua ibu bapanya.

Akhirnya Fir’aun bersetuju menerima syarat-syarat tersebut dan memerintahkan agar rantai belengu yang ada di kaki dan tangan Asiah dibuka. Kini Asiah telah hidup mewah dan tinggal bersama-sama Fir’aun di dalam istana yang indah. Akan tetapi ia tidak membawa pengaruh terhadap kehidupan peribadi Asiah. Asiah tidak pernah engkar terhadap perintah agama dan beliau tetap taat mengerjakan ibadah kepada Allah SWT. Pada malam hari beliau selalu mengerjakan solat dan beribadah kepada Allah SWT. Beliau sentiasa berdoa agar kehormatannya tidak disentuh oleh orang kafir miskipun suaminya Fir’aun. Bagi menyelamatkan Asiah dan menjaga kehormatannya, Allah SWT telah menciptakan iblis yang menyamar dirinya sama seperti rupa Asiah untuk tidur bersama Fir’aun.

Fir’aun sebenarnya mempunyai seorang pegawai yang amat dipercayai dan rapat dengannya yang bernama Hazaqil. Hazaqil telah berjaya merahsiakan identitinya yang sebenar. Hazaqil amat taat dan beriman kepada Allah SWT. Beliau adalah suami kepada Siti Masyithah yang bekerja sebagai juru hias istana yang juga amat taat dan beriman kepada Allah SWT.

Pada suatu hari maka terjadilah perdebatan yang hebat antara Fir’aun dengan Hazaqil di mana Fir’aun telah menjatuhkan hukuman mati terhadap ahli sihir yang beriman kepada Nabi Musa AS. Hazaqil menetang keras terhadap hukuman yang dijatuhkan kepada mereka semua kerana mereka semuanya beriman kepada Allah SWT. Mendengar akan kata-kata Hazaqil, Fir’aun menjadi marah.

Akhirnya Fir’aun dapat tahu yang Hazaqil telah engkar kepada beliau dan kemudiannya telah dijatuhkan hukuman mati kepada Hazaqil. Hazaqil menerimanya dengan tabah dan tidak merasa gentar demi untuk membela kebenaran. Hazaqil telah meninggal dunia dengan kedua-dua tangannya diikat pada pohon kurma dengan tembusan beberapa anak panah.

Isterinya yang bernama Masyitah amat sedih sekali di atas kematian suaminya yang tersayang itu. Beliau sentiasa dirundung kesedihan dan tiada lagi tempat mengadu kecuali kepada 2 orang anaknya yang masih kecil. Pada suatu hari Masyitah telah mengadu nasib kepada Asiah mengenai nasib yang menimpa dirinya. Di akhir perbicaraan mereka, Asiah juga telah menceritakan tentang keadaan dirinya yang sebenar. Hasil dari perbicaraan itu, barulah kedua-duanya mengetahui perkara sebenar bahawa mereka adalah wanita yang amat beriman kepada Allah SWT dan Nabi Musa AS.

ASIAH binti Mazahim merupakan seorang wanita Mesir yang baik budi pekertinya dan bijaksana dalam pemikirannya. Oleh kerana dia memiliki kecantikan yang tiada tolok bandingan, dia dipaksa berkahwin dengan Firaun, raja Mesir yang berkuasa pada ketika itu.
Pada suatu hari ketika Asiah sedang duduk bersantai bersama dayang-dayang istana, dia terlihat sebuah kotak kayu terapung-apung di tepian sungai yang mengalir merentasi istana Firaun.

"Ambil kotak itu dan bawa kepada beta," arah Asiah kepada salah seorang dayang yang berdiri di tepinya.
Dayang itu berlari pantas ke arah kotak yang sedang terapung-apung di tepian sungai. Dia mengangkat kotak kayu itu dari permukaan sungai lalu dibawakan kepada Asiah. Dia berdebar-debar untuk mengetahui isi kandungan kotak kayu itu.
"Comelnya bayi lelaki dalam kotak kayu ini!," jerit hati Asiah apabila penutup kotak kayu itu terbuka.

Pada ketika itu, Firaun memerintahkan masyarakatnya membunuh semua bayi lelaki Bani Israel kerana dia bermimpi bayi tersebut akan menghancurkan dan membinasakan kerajaan pemerintahan Firaun.

Apabila berita penemuan bayi lelaki itu sampai ke telinga Firaun, maka dia bergegas ke tempat Asiah dan bayi lelaki itu.
"Pengawal! Bunuh bayi ini sekarang..." Perintah Firaun kepada pengawal yang mengiringinya ke kamar Asiah.

"Bukankah kita tidak mempunyai anak lelaki. Anak lelaki ini dapat kita jadikan anak angkat. Saya merayu supaya bayi ini tidak dibunuh kerana saya sudah sayang kepadanya.
' Dia akan memberikan manfaat kepada kita berdua apabila dewasa nanti," Asiah menghalang niat jahat Firaun dengan kata-kata bijaksananya.

"Baiklah. Saya tidak akan bunuh bayi ini kerana perasaan cinta saya pada kamu," Firaun akur dengan permintaan isterinya, lalu keluar dari kamar itu.

Asiah memberi nama Musa kepada bayi tersebut dan memeliharanya sehingga dewasa di istana Firaun.

Apabila nabi Musa mula berdakwah menyebarkan ajaran Allah, maka Asiah terus menjadi salah seorang pengikutnya tanpa pengetahuan Firaun dan orang sekelilingnya.

Pada suatu hari, Asiah duduk menyisir rambut anak perempuannya di kamar tidur. Tiba-tiba sikat yang digunakan Asiah bagi menyisir rambut anaknya jatuh dengan kehendak Allah.
Asiah yang terkejut dengan kejadian itu terus berkata, "Binasalah Firaun yang dilaknat Allah dengan izinnya."

"Dengan nama Allah," ucap Asiah tanpa menyedari anaknya memerhatikan perbuatannya dengan perasaan hairan.
"Ibu, adakah tuhan lain selain ayah? Adakah ibu sudah menganut agama yang dibawa oleh Musa? Mengapa ibu sanggup mengikut agama Musa? Bukankah ibu menyelamatkan Musa sewaktu kecil apabila dia akan dibunuh oleh ayah," anaknya bertanya pelbagai soalan kepada Asiah dan menanti jawapannya...
Manusia biasa...."Firaun, ayah kamu adalah manusia biasa seperti kita semua dan bukan tuhan. Tuhan sebenar adalah Allah, tuhan semesta alam!" jawab Asiah tanpa perasaan takut dan gentar.

"Biar saya adukan perkara ini kepada ayah!," balas anaknya, lalu dia lari keluar dari bilik itu dan pergi mengadu kepada Firaun.
Firaun yang mendengar aduan anaknya berasa sangat marah dengan Asiah. Dia tidak menyangka Asiah sudah mengikut ajaran Allah walaupun dia melarang sesiapa sahaja di Negara Mesir mengikuti ajaran Allah.

Orang yang mengingkari larangan itu akan dijatuhkan hukuman berat jika diketahui oleh Firaun. Kini isterinya sudah mengikut ajaran Allah, maka dia harus berbuat sesuatu supaya isterinya keluar dari agama Allah.
"Dengarlah nasihat saya, wahai Asiah yang amat saya cintai dan sayangi.
"Keluarlah dari agama yang dibawa oleh Musa. Saya akan berikan segala harta dan istana di Mesir sebagai hadiah," Firaun cuba berlembut dan memujuk Asiah dengan kata-kata manisnya.

"Saya tidak akan sekali-kali keluar dari agama ajaran Musa yang benar dan suci. Nanti saya akan dimurkai oleh Allah, tuhan yang mencipta saya.
"Jika saya tetap dalam agama ini, saya percaya Allah akan memberikan syurga yang lebih baik dari harta dan istana kamu," tegas Asiah yang tenang dan berani bertentang mata dengan Firaun yang menyala dengan api kemarahan.

Usaha Firaun memujuk isterinya menemui jalan buntu. Dia tidak mahu menghukum Asiah kerana perasaan kasih sayang dan cinta yang mendalam terhadap isterinya. Dia cuba memikirkan cara lain bagi melembutkan hati Asiah supaya dia tidak beriman dengan ajaran nabi Musa.
Namun, semua ikhtiarnya gagal dan tidak menemui jalan penyelesaian. Firaun termenung. Wajahnya terbayang seribu kekecewaan kerana gagal memujuk Asiah. Akhirnya, dia mengambil keputusan menggunakan kekerasan kepada Asiah supaya dia berpaling dari agama Musa.
"Pengawal, tangkap Asiah dan bawa dia berjumpa beta sekarang!," perintah Firaun dengan nada keras.

"Oleh kerana kamu masih berdegil mahu mengikuti ajaran agama Musa, beta jatuhkan hukuman berat ke atas kamu," kata Firaun lagi.
"Pengawal, bawa perempuan ini ke tanah tinggi dan ikatkan pada empat batang kayu. Pakukan empat kayu itu ke bumi dengan menelentangkan badan perempuan ini menghadap langit.

"Biarkan bahang matahari yang panas, dan sejuk malam menyeksanya," Firaun meminta para pengawalnya menjalankan hukuman ke atas Asiah dengan segera.
"Allah! Allah! Allah!," mulut Asiah tidak henti-henti menyebut kalimat Allah sepanjang hukuman itu dijalankan.

"Ya Allah! Saya mohon supaya dilindungi dari bencana Firaun dan dianugerahkan sebuah rumah di syurga," doa Asiah yang terseksa dengan pancaran matahari yang sangat panas dan terik.
Akhirnya Asiah dapat melihat rumahnya di syurga dengan kehendak Allah yang membuka hijabnya. Hatinya sangat gembira sehingga lupa pada penderitaan dan kesakitan yang sedang diharunginya.

Selepas beberapa lama tempoh penyeksaan itu berlalu, Asiah akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan kalimat Allah di mulutnya.

Begitulah kisah wanita yang berhati waja. Dia tetap dalam keimanannya kepada Allah walaupun diseksa sehingga mati tanpa belas kasihan.