Blogger Widgets

Selasa, 4 September 2012

Doa Rawatan Demam Campak



Penyakit campak atau lebih dikenali sebagai demam campak ialah penyakit berjangkit yang disebarkan oleh virus, khususnya paramiksovirus daripada genus Morbillivirus, menyerang sistem pernafasan melalui titisan lembapan bersin atau batuk.

Gejala penyakit:

Demam dengan suhu yang tinggi serta selsema
Mata kemerah-merahan dan sensitif pada cahaya
ruam tumbuh pada tubuh badan
rasa miang dan gatal-gatal pada tubuh
Pada kebiasaannya cara mengurangkan demam campak dengan memberi mandi dengan daun semambu yang selalu digunakan sejak dahulu lagi. Dengan meramas daun-daun dan dimandikan. Insyaallah cara ini pun dapat mengurangkan demam campak serta diberi minum air kelapa muda untuk mengeluarkan campak dari badan.

Kali ini cara perubatan Islam untuk menurunkan panas badan pesakit dan mengeluarkan segala campak di badan. Insyaallah ikut amalan ini:

Tiupkan bacaan berikut di atas air atau kelapa muda dan diberikan minum kepada pesakit.

1. Membaca Surah Al-Fatihah - 1x.


2. Bacalah Salawat Syifa - 1x.


3. Baca Ayat 21 hingga 24 surah Al-Hasyr - 1x.

Sekiranya campak tidak keluar dengan habis juga. Lakukan kaedah ini dan ulangkan dengan mengikut kaedah dan susunan doa-doa tersebut.

Wasallam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan