Blogger Widgets

Rabu, 4 Mac 2020

Contoh Surat Rayuan Haji untuk Isteri dan suami


Surat Rayuan Haji Isteri 

Norhayati Binti Abd Rajak
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Xxxxxxxxxxxxxxxx

Bahagian Operasi Domestik
Lembaga Tabung Haji
Lantai 30, Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji
201 Jalan Tun Razak
50732 Kuala Lumpur

Tuan,
RAYUAN MENUNAIKAN FARDHU HAJI BAGI TAHUN 1441 H / 2020M
Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.
2.  Saya telah membuat  pendaftaran Haji dan disenaraikan  pada tahun 2038 Masihi.  Sehubungan itu , saya amat berharap pihak tuan dapat memberi peluang kepada saya untuk menunaikan fardu haji pada tahun hadapan iaitu 2020 Masihi.  Ini kerana saya sudah bersedia dan simpanan yang dibuat juga telah mencukupi. 
3.         Pemergian saya ke tanah suci pada tahun ini adalah bersama :
            Nama               :  Mohammad Khairul Anwar Bin Hussain
            No. Akaun TH  :  xxxxxxxxxxxxxxxxx
            No K/P             :  xxxxxxxxxxxxxxxxx
            Pertalian           :  Suami

4.         Saya sangat berharap agar rayuan saya diterima kerana ;
            i.          Simpanan telah mencukupi untuk menunaikan haji
            ii.         Pernah menghadiri kursus Haji
             iii.       Pernah menunaikan umrah pada tahun 2012
            iv.        Sihat tubuh badan dan tiada apa-apa halangan jika terpilih
            v.         Kami berdua sedia dipanggil menunaikan haji dengan notis yang singkat

            Turut dilampirkan bersama surat ini ialah ;
·       Salinan sijil perkahwinan yang telah disahkan .

5.         Saya sangat berharap permohonan rayuan untuk dapat menunaikan fardhu haji bersama suami diterima.  Sekiranya saya diberi peluang sudah tentu ini akan menjimatkan kuota haji pada masa akan datang kerana mahram tidak perlu sekali lagi pergi untuk menemankan saya.
Kerjasama dan pertimbangan yang diberikan oleh pihak tuan amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.  Sekian.

Yang benar,


(Norhayati Binti Abd Rajak)
No K/P: xxxxxxxxxxxxxx
No Akaun TH :  xxxxxxxxxxxxxxxxx

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Surat Rayuan Haji Suami

Mohammad Khairul Anwar Bin Hussain

xxxxxxxxxxxxxxxxxxx
xxxxxxxxxxxxxxxxxx
xxxxxxxxxxx


Bahagian Operasi Domestik
Lembaga Tabung Haji
Lantai 30, Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji
201 Jalan Tun Razak
50732 Kuala Lumpur

Tuan,
RAYUAN PENEMPATAN HAJI BAGI TAHUN 1441 H / 2020M
NAMA                                    :   MOHAMMAD KHAIRUL ANWAR BIN HUSSAIN
NO K/PENGENALAN         :   xxxxxxxxxxxxxx
N0 AKAUN TH                     :   xxxxxxxxxxxxxx

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.
2.  Saya mohon jasa baik dan budi bicara dari pihak Tabung Haji dapat menawarkan penempatan kepada saya untuk menunaikan haji pada tahun 1441H / 2020
3.  Saya telah membuat  pendaftaran Haji dan disenaraikan  pada tahun 2053 Masihi.  Sehubungan itu , saya amat berharap pihak tuan dapat memberi peluang kepada saya untuk menunaikan fardu haji pada tahun hadapan iaitu 2020 Masihi.  Ini kerana saya sudah bersedia dan simpanan yang dibuat juga telah mencukupi.  Saya sangat berharap dapat menunaikan haji pada usia yang masih bertenaga supaya saya tidak membebankan tabung haji disamping itu, saya juga boleh membantu Jemaah-jemaah berusia yang lain.
Segala pertimbangan  dan perhatian dari pihak tuan amat saya hargai dan diucapkan ribuan terima kasih.  Saya faham dan bersetuju bahawa rayuan saya ini tertakluk kepada kekosongan kuota haji pada tahun tersebut.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(Mohammad Khairul Anwar Bin Hussain)
No K/P: xxxxxxxxxxxx


Sekadar pengkongsian..

CERITA SANG GURU YANG TIDAK MEMALUKAN MURIDNYA DI DEPAN MURID-MURID YANG LAIN

Sekumpulan remaja sedang menghadiri majlis pernikahan salah seorang rakan mereka.

Salah seorang daripada mereka melihat guru sekolah rendahnya ikut hadir dalam majlis pernikahan itu. 

Murid itu segera mendatangi dan menyalam gurunya dengan penuh penghormatan, seraya berkata:

"Cikgu masih ingat saya lagi, kan?”

Gurunya menjawab: “Tidak.”

Murid itu hairan dan bertanya lagi, "Eh, cikgu tak ingat saya?"

"Saya kan... murid yang mencuri jam tangan salah seorang kawan di dalam kelas kami tu.

"Ketika murid yang kehilangan jam itu menangis dan mengadu, cikgulah yang menyuruh kami semua  berdiri, lalu dibuat pemeriksaan poket murid2 semuanya. 

"Saya terfikir bahawa saya akan dipermalukan di hadapan murid2 dan guru2, dan akan menjadi bahan ejekan dan hinaan, mereka akan menggelar saya "pencuri" dan saya pasti akan hancur sepanjang hidup.

"Cikgulah yang menyuruh kami semua berdiri menghadap dinding dan menyuruh kami menutup mata semuanya dengan sapu tangan.

"Cikgu memeriksa poket setiap kami, dan ketika tiba giliran saya, cikgu ambil jam tangan itu dari poket saya, dan cikgu meneruskan penggeledahan sampai ke murid yang terakhir.

"Setelah selesai, cikgu  suruh kami membuka penutup mata, dan duduk di tempat duduk masing2.

Saya takut cikgu akan memalukan saya di depan semua murid-murid yang merupakan teman teman saya.

Cikgu tunjukkan jam tangan itu dan berikan kepada pemiliknya, tanpa menyebutkan siapa yang mencurinya.

"Sepanjang saya belajar di sekolah itu, cikgu tak pernah sebut pun tentang kes kecurian jam tangan itu, dan tidak ada seorang pun guru mahupun murid yang tahu tentang kecurian jam tangan itu.

"Cikgu masih ingat lagi saya tak?" 😢

"Takkan cikgu tak boleh ingat kat saya lagi?

😪 😢😢 Sayalah murid itu dan cerita ini adalah cerita pedih yang tak akan dapat dilupakan dalam hidup saya.

Saya sangat mengkagumi cikgu. Sejak dari itu saya berubah menjadi orang yang baik dan benar, Saya mencontohi semua perbuatan baik cikgu.

Guru itu menjawab:
Sungguh2 saya tidak mengingat kamu, kerana pada waktu menggeledah itu, sengaja saya menutup mata juga, agar saya tidak cam siapa pelakunya.

"Kerana saya tidak mahu merasa kecewa atas perbuatan salah seorang murid, *Sebab saya sangat mencintai murid-murid saya".

Murid tadi hanya terpana dan terdiam. Bertambah lagi rasa kagumnya kepada sang guru.

Hikmah yg dapat diambil:
Pendidikan memerlukan akhlak dalam menutup segala keburukan orang lain.

Jangan memalukan seseorang hanya kerana 1 kesalahan, kerana ia mampu menghancurkan dirinya sepanjang hidupnya dan mungkin akan tambah terperosok lebih dalam lagi pada masa depannya.

Memaafkan & Mengampuni, adalah sebuah kebijaksanaan.

Semoga bermanfaat.

Kredit : Cikgu Saifuddin Salim

Isnin, 7 Oktober 2013

AMALAN PEMAKANAN SUNNAH

Amalan pemakanan yang betul mengikut sunnah Nabi saw

         Hari ni nak berkongsi tentang  amalan pemakanan Nabi Muhammad s.a.w Sebab apa aku google pasal makanan nie?? Hurrrmmm sebab aku rasa lately nie aku makan main hentam ikut sedap nafsu seranah aku jer.. So aku cari la info pasal pemakanan nie.. Setelah di kumpul dan kumpul ini lah hasilnya kawan-kawan.. 


Makanan yang tidak boleh dicampur dalam satu hidangan:- 



  • Susu dengan ikan  
  • Cuka dengan susu 
  • Buah-buahan dengan susu 
  • Daun salad dengan ikan 
  • Bawang putih dengan bawang merah (jika dicampur boleh menyebabkan lumpuh, bawang besar jika dimakan selama 40 hari berturut-turut boleh menyebabkan bintik hitam di muka) 
  • Daging segar dengan daging kering 
  • Benda masam dengan benda berasid seperti cuka 
  • Cuka dengan nasi 

  Perkara yang perlu dielakkan untuk menjaga kesihatan tubuh badan. 


  • Jangan mandi air suam selepas makan kenyang.(paling bahaya daripada cara pemakanan diatas) 
  • Senaman sebelum makan.
  • Jangan senaman atau berjalan selepas makan tengahari (lebih kurang ?jam)
  • Jangan makan buah selepas makan. 
  • Makan buah selepas makan akan mengambil masa 8 jam untuk menghadam makanan. 
  • Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi) 
  • Jangan tinggal makan malam walaupun sebiji kurma . Makan sedikit waktu malam (awet muda, sunnah nabi) 
  • Selepas makan malam kena bergerak atau berjalan sekurang-kurangnya 100 langkah. 
  • Jangan tidur selepas makan akan menyebabkan sembelit. 
  • Meninggalkan makan malam akan mempercepatkan tua sebelum tua. **kalau tak makan malam, enzim akan memproses lemak dalam perut dan lemak akan menjadi bertambah lemak atau kolestrol bertambah.. 
  • Tertarik dengan kenyataan Rasulullah SAW dalam buku Khal Tamar Plus, Rasululah memberi amaran bahawa "perut adalah punca penyakit". Jadi salah satu ikhtiarnya adalah melalui amalan Khal. 
  • Namun, nampaknya saya juga tertarik dengan amalan pemakanan Rasulullah. Bagi orang Islam, Nabi SAW adalah contoh terbaik, setiap 
  • Setelah google banyak artikel/blog kesihatan, ini hasilnya untuk nota sendiri dan sebaran. Namun begitu, tiada rekod/citation sumber asal dicatatkan (jadi kesahihan tips ini masih boleh diragukan, wallahualam). 
Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. 

1 . Jangan Makan/Minum Susu bersama salah satu (atau semua) berikut;  
Daging, Ikan, Ayam, Cuka, Buah Ikan bersama salah satu (atau semua) berikut; Daging, Telur, Daun salad 

 2. Cara Makan Makan hanya cukup sekadar untuk menghilangkan lapar. Jika  mahu makan lebih: sediakan 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk cecair/air, 1/3 untuk udara/bernafas.

 3. Tidak makan buah selepas hidangan berat (eg: nasi, gandum, roti). Hanya  makan buah sebelum menjamah makanan lain. Buah segar merupakan   makanan pra-cerna,boleh masuk terus dari perut ke usus. 


Jika dimakan  bersama makanan lain (eg: buah bertemu makanan lain dalam perut),  buah akan terperangkap, bercampur dalam perut, biasanya mengakibatkan  fermentasi (proses menghasilkan tenaga tanpa oksigen) buah dan segala   makanan dalam perut berlaku secara sendiri. 

 4. Tidur sejam setelah makan tengahari (sebelum waktu zohor) 

 5. Dilarang meninggalkan makan malam. Jika abaikan? Kekurangan nutrisi  menambah risiko penuaan (dimakan usia/aging) dan peningkatan berganda  kolesterol dalam badan. 

 6. Kitab-kitab perubatan Islam melarang makan bersama/mencampur  makanan    darat (ion positif) bersama makanan laut (ion negatif). Menurut kajian, ion+    dan ion- menghasilkan tindakan biokimia yang boleh memudaratkan usus     manusia. 

 7. Makan menggunakan tangan kanan dan dijilat jari. Jari menghasilkan  enzim 10 kali ganda lebih banyak berbanding air liur dalam membantu  dalam proses pencernaan makanan. 

 8. Tunggu makanan dimasak sejuk sedikit sebelum dimakan. Tiada     keberkatan dalam makanan yang dimakan panas-panas.

 9. Mengambil sedikit/secubit garam sebelum makan. Garam (NaCl) terdiri dari Natrium (sodium) klorida (chloride). Klorida yang terdapat dalam garam  merupakan klorida yang sama dirembeskan dalam perut (klorida dalam  asid hidroklorik, yang penting untuk pencernaan makanan). 

     Jadi, pengambilan    garam sebelum makan membolehkan badan menghasilkan hidroklorik asid       mencukupi bagi mencernakan makanan.      Kebanyakan efek negatif garam  seperti diwarwarkan dunia kini  adalah berpunca dari lebihan natrium, bukan klorida.

10. Cara Minum Tidak minum air segelas dalam satu nafas sahaja. Sebaliknya minum seteguk-seteguk selang seli bernafas sambil duduk. Tidak minum ketika sedang menjamah makanan. Sila minum sebelum/selepas makan. 

        Jika lalat jatuh dalam air minuman. Selamkan 100% lalat tersebut ke dalam air. Kemudian buang lalat tersebut. Terdapat sel longitudinal (sel yis) hidup menumpang (parasit) dalam badan lalat dengan sebahagian mencelah di setiap tubula (rongga) respirasi (pernafasan) lalat. 

Jika lalat diselam, perubahan tekanan osmosis air akan menyebabkan sel ini pecah/meletup membebaskan antidot bagi melawan patogen dalam badan lalat.

10. Lain-lain Sunnah Amalan Pemakanan Sihat Bersugi sebelum dan selepas makan. Malah Nabi SAW juga bersugi sebelum setiap kali menunaikan solat fardhu. 

11. Makan makanan "whole foods" (makanan yang mengekalkan sebatian asal, bukan makanan proses). Makan makanan yang ada dalam musimnya. 

Tidak mencampur sejenis makanan bersama sejenis makanan lain sesuka hati. Kini hanya 25% penduduk dunia yang masih makan "whole foods". 

      Tidak mencari kesalahan dalam hidangan. Jika suka, Nabi SAW akan makan. Jika tidak suka, Nabi SAW akan menolak dengan baik. 


Tahukah Anda Apa Yang Kita Tahu, Apa Yang Kita Tidak Tahu?

Kita tahu... 

kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan bahawa kalau nak dapatkan vitamin B, kalau nak tambah darah dalam badan, kita kena makan hati haiwan atau hati ayam. 

Kita tidak tahu..

Sebenarnya Nabi tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ di mana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. 

maka, kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

Kita tahu... 

Kita diajar di dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. 

Kita tidak tahu...

sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi Muhamad s.a.w selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Malahan, Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka. 

Kita tahu... 

kita diajar kambing mempunyai tinggi kolesterol. 

Kita tidak tahu... 

Kambing juga adalah makanan kegemaran Nabi Muhamad s.aw. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Yang sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol. 

Kita tahu... 

kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus. 


Kita tidak tahu...


sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG, kolesterol dan paling banyak lemak tepu trans. 

Kita tahu... 

para kafir juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tidak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. 

Kita tidak tahu... 

Coke tu sangatlah beracun, ianya sangat tidak bagus untuk kesihatan. ini kerana ianya mengandungi paras gula tinggi, sifatnya yang berasid, pH dalam lingkungan 3.5, malahan ada racun tersembunyi. 

Kita tahu..

Mereka menguar-uarkan kebaikan minum soya. sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar. 


Kita tidak tahu...


Sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab di dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen pada wanita.

soya juga ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zink yang penting untuk badan kita terjejas.
Amalan pemakanan yang betul mengikut sunnah Nabi saw Hari nie aku tak tau buat apa.. So aku pun mengoogle la pasal pemakanan.. Pasal amalan pemakanan Nabi Muhammad s.a.w Sebab apa aku google pasal makanan nie?? Hurrrmmm sebab aku rasa lately nie aku makan main hentam ikut sedap nafsu seranah aku jer.. So aku cari la info pasal pemakanan nie.. Setelah di kumpul dan kumpul ini lah hasilnya kawan-kawan.. Makanan yang tidak boleh dicampur dalam satu hidangan:- 1. Susu dengan ikan 2. Cuka dengan susu 3. Buah-buahan dengan susu 4. Daun salad dengan ikan 5. Bawang putih dengan bawang merah (jika dicampur boleh menyebabkan lumpuh, bawang besar jika dimakan selama 40 hari berturut-turut boleh menyebabkan bintik hitam di muka) 6. Daging segar dengan daging kering 7. Benda masam dengan benda berasid seperti cuka 8. Cuka dengan nasi 9. Buah delima dengan serunding 10. Telur dengan ikan. **Semua ini jika diamalkan boleh menyebabkan penyakit Lumpuh dan stroke. **Tidur seketika (10-15min) sebelum zohor boleh mengembalikan tenaga!! Perkara yang perlu dielakkan untuk menjaga kesihatan tubuh badan. 1. Jangan mandi air suam selepas makan kenyang.(paling bahaya daripada cara pemakanan diatas) 2. Senaman sebelum makan. 3. Jangan senaman atau berjalan selepas makan tengahari (lebih kurang ?jam) 4. Jangan makan buah selepas makan. 5. Makan buah selepas makan akan mengambil masa 8 jam untuk menghadam makanan. 6. Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi) 7. Jangan tinggal makan malam walaupun sebiji kurma 8. Makan sedikit waktu malam (awet muda, sunnah nabi) 9. Selepas makan malam kena bergerak atau berjalan sekurang-kurangnya 100 langkah. 10. Jangan tidur selepas makan akan menyebabkan sembelit. 11. Meninggalkan makan malam akan mempercepatkan tua sebelum tua. **kalau tak makan malam, enzim akan memproses lemak dalam perut dan lemak akan menjadi bertambah lemak atau kolestrol bertambah.. Tertarik dengan kenyataan Rasulullah SAW dalam buku Khal Tamar Plus, Rasululah memberi amaran bahawa "perut adalah punca penyakit". Jadi salah satu ikhtiarnya adalah melalui amalan Khal. Namun, nampaknya saya juga tertarik dengan amalan pemakanan Rasulullah. Bagi orang Islam, Nabi SAW adalah contoh terbaik, setiap perbuatan Nabi SAW mempunyai sebab tersendiri, dilakukan atas jagaan ilmu Maha Mengetahui. Setelah google banyak artikel/blog kesihatan, ini hasilnya untuk nota sendiri dan sebaran. Namun begitu, tiada rekod/citation sumber asal dicatatkan (jadi kesahihan tips ini masih boleh diragukan, wallahualam). Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. 1. Jangan Makan/Minum Susu bersama salah satu (atau semua) berikut; Daging, Ikan, Ayam, Cuka, Buah Ikan bersama salah satu (atau semua) berikut; Daging, Telur, Daun salad 2. Cara Makan Makan hanya cukup sekadar untuk menghilangkan lapar. Jika mahu makan lebih: sediakan 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk cecair/air, 1/3 untuk udara/bernafas. Tidak makan buah selepas hidangan berat (eg: nasi, gandum, roti). Hanya makan buah sebelum menjamah makanan lain. Buah segar merupakan makanan pra-cerna,boleh masuk terus dari perut ke usus. Jika dimakan bersama makanan lain (eg: buah bertemu makanan lain dalam perut), buah akan terperangkap, bercampur dalam perut, biasanya mengakibatkan fermentasi (proses menghasilkan tenaga tanpa oksigen) buah dan segala makanan dalam perut berlaku secara sendiri. Tidur sejam setelah makan tengahari (sebelum waktu zohor) Dilarang meninggalkan makan malam. Jika abaikan? Kekurangan nutrisi menambah risiko penuaan (dimakan usia/aging) dan peningkatan berganda kolesterol dalam badan. Kitab-kitab perubatan Islam melarang makan bersama/mencampur makanan darat (ion positif) bersama makanan laut (ion negatif). Menurut kajian, ion+ dan ion- menghasilkan tindakan biokimia yang boleh memudaratkan usus manusia. Makan menggunakan tangan kanan dan dijilat jari. Jari menghasilkan enzim 10 kali ganda lebih banyak berbanding air liur dalam membantu dalam proses pencernaan makanan. Tunggu makanan dimasak sejuk sedikit sebelum dimakan. Tiada keberkatan dalam makanan yang dimakan panas-panas. Mengambil sedikit/secubit garam sebelum makan. Garam (NaCl) terdiri dari Natrium (sodium) klorida (chloride). Klorida yang terdapat dalam garam merupakan klorida yang sama dirembeskan dalam perut (klorida dalam asid hidroklorik, yang penting untuk pencernaan makanan). Jadi, pengambilan garam sebelum makan membolehkan badan menghasilkan hidroklorik asid mencukupi bagi mencernakan makanan. Kebanyakan efek negatif garam seperti diwarwarkan dunia kini adalah berpunca dari lebihan natrium, bukan klorida. 3. Cara Minum Tidak minum air segelas dalam satu nafas sahaja. Sebaliknya minum seteguk-seteguk selang seli bernafas sambil duduk. Tidak minum ketika sedang menjamah makanan. Sila minum sebelum/selepas makan. Jika lalat jatuh dalam air minuman. Selamkan 100% lalat tersebut ke dalam air. Kemudian buang lalat tersebut. Terdapat sel longitudinal (sel yis) hidup menumpang (parasit) dalam badan lalat dengan sebahagian mencelah di setiap tubula (rongga) respirasi (pernafasan) lalat. Jika lalat diselam, perubahan tekanan osmosis air akan menyebabkan sel ini pecah/meletup membebaskan antidot bagi melawan patogen dalam badan lalat. 3. Lain-lain Sunnah Amalan Pemakanan Sihat Bersugi sebelum dan selepas makan. Malah Nabi SAW juga bersugi sebelum setiap kali menunaikan solat fardhu. Makan makanan "whole foods" (makanan yang mengekalkan sebatian asal, bukan makanan proses). Makan makanan yang ada dalam musimnya. Tidak mencampur sejenis makanan bersama sejenis makanan lain sesuka hati. Kini hanya 25% penduduk dunia yang masih makan "whole foods". Tidak mencari kesalahan dalam hidangan. Jika suka, Nabi SAW akan makan. Jika tidak suka, Nabi SAW akan menolak dengan baik. Tahukah Anda Apa Yang Kita Tahu, Apa Yang Kita Tidak Tahu? Kita tahu... kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan bahawa kalau nak dapatkan vitamin B, kalau nak tambah darah dalam badan, kita kena makan hati haiwan atau hati ayam. Kita tidak tahu... sebenarnya Nabi tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ di mana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. maka, kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini. Kita tahu... kita diajar di dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Kita tidak tahu... sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi Muhamad s.a.w selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Malahan, Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka. Kita tahu... kita diajar kambing mempunyai tinggi kolesterol. Kita tidak tahu... kambing juga adalah makanan kegemaran Nabi Muhamad s.aw. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Yang sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol. Kita tahu... kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus. Kita tidak tahu... sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG, kolesterol dan paling banyak lemak tepu trans. Kita tahu... para kafir juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tidak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. Kita tidak tahu... Coke tu sangatlah beracun, ianya sangat tidak bagus untuk kesihatan. ini kerana ianya mengandungi paras gula tinggi, sifatnya yang berasid, pH dalam lingkungan 3.5, malahan ada racun tersembunyi. Kita tahu... mereka menguar-uarkan kebaikan minum soya. sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar, Kita tidak tahu... sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab di dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen pada wanita. soya juga ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zink yang penting untuk badan kita terjejas.

Jumaat, 22 Mac 2013

Liburan ke tanah seberang...Jawa Barat


Beh nyer dapat tengok tempat orang..... 
Inilah pengalaman pertama bagi kami sekeluarga melancong bersama keluarga ke luar negara. First time anak2 naik pesawat terbang...lucu bercampur kecian bila tengok abg shamel pekop telinga . sakit telinga katanya . Puas menelan air liur... minum pula beberapa gelas pun tak jadi akhirnya tertidur . serik katanya tak mau da naik kapal terbang. he...he.. biasa la... aku kata banyak sangat tahi telinga da keras kat dalam telinga pasal tu la sakit. Dia diam jer ...setuju la kot..kih...kih... at ast mama explain juga bcoz cian kat abg shamel kena goreng selalu dengan mama dia. This is about pressure...n gravity...yer ker...?ye la tuh!

Lokasi berlatar belakang ala2 mini disney ...mana lagi Taman Mini Indonesia. hero berdua tu  sambung main pengsan2 tak cukup tido la tu maklum bertolak awal pagi. jadi  dan aku, cik abe n si makwe etot Loubna.


latar belakang rumah adat Minangkabau dari Sumatera Barat.


Ni di kebun Binatang kira Zoo la kat Malaysia.. tapi best giler... kira ala2 safari tapi dok le macam kat Afrika tuh. kita bleh drive sendiri masuk ke safari dan binatang tak kira jinak dan buas dibiarkan berkeliaran. mula2 seram juga lama2 ....steady jer...mesti pegi lagi ni...



kat safari ni juga ada disediakan taman permainan ala-ala geting Highland gitu jadi memang enjoy la anak2. kira seharian kat sini pun tak cukup masa..banyak benda menarik kita bleh dapat kat sini termasuk pertujukkan binatang2..


Terima kasih buat abg Budi dan Kak Dedek sekeluarga kerana melayan kami sekeluarga dengan begitu baik sekali. Bukan setakat layanan, siap jadi supir, fotografer, pemandu pelancong, sedia penginapan dan melayan kerenah2 kami sekeluarga yang minta macam2 nak pegi sini situ dan semuanya ok aja buat bang Budi. kami tunggu ni yeh... kunjungannya ke Malaysia.


Ni persinggahan kami yang ntah ke berapa tak ingat banyak sangat menyinggah ada jer nampak menarik singgah. Ni adalah hentian yang menjual makanan sunda yang popular iaitu tahu sumedang. Memang sedap la n  nak lagi...

Melayan kerenah makwe etot yang tengah berkongsi pengalamannyer... ewah...latarbelakang di rumah makan di lereng bukit dan kawasan sawah padi yang fuh...! cantiknyer...hebat Allah mengilhamkan pada manusia bahawa bukit pun kalau ditarah boleh dimanfaatkan. Begitu la di daerah Pulau Jawa ini jarang kita temukan kawasan tanah yang terbiar kosong. mereka ni memang sangat rajin bekerja.

Banyak sebenarnya ingin dikongsikan ...tapi tak larat la nak tulis...banyak no yg mengganggu ...mama nak susu....cepat la....oke2 I'm coming babe...