Blogger Widgets

Jumaat, 22 Mac 2013

Liburan ke tanah seberang...Jawa Barat


Beh nyer dapat tengok tempat orang..... 
Inilah pengalaman pertama bagi kami sekeluarga melancong bersama keluarga ke luar negara. First time anak2 naik pesawat terbang...lucu bercampur kecian bila tengok abg shamel pekop telinga . sakit telinga katanya . Puas menelan air liur... minum pula beberapa gelas pun tak jadi akhirnya tertidur . serik katanya tak mau da naik kapal terbang. he...he.. biasa la... aku kata banyak sangat tahi telinga da keras kat dalam telinga pasal tu la sakit. Dia diam jer ...setuju la kot..kih...kih... at ast mama explain juga bcoz cian kat abg shamel kena goreng selalu dengan mama dia. This is about pressure...n gravity...yer ker...?ye la tuh!

Lokasi berlatar belakang ala2 mini disney ...mana lagi Taman Mini Indonesia. hero berdua tu  sambung main pengsan2 tak cukup tido la tu maklum bertolak awal pagi. jadi  dan aku, cik abe n si makwe etot Loubna.


latar belakang rumah adat Minangkabau dari Sumatera Barat.


Ni di kebun Binatang kira Zoo la kat Malaysia.. tapi best giler... kira ala2 safari tapi dok le macam kat Afrika tuh. kita bleh drive sendiri masuk ke safari dan binatang tak kira jinak dan buas dibiarkan berkeliaran. mula2 seram juga lama2 ....steady jer...mesti pegi lagi ni...



kat safari ni juga ada disediakan taman permainan ala-ala geting Highland gitu jadi memang enjoy la anak2. kira seharian kat sini pun tak cukup masa..banyak benda menarik kita bleh dapat kat sini termasuk pertujukkan binatang2..


Terima kasih buat abg Budi dan Kak Dedek sekeluarga kerana melayan kami sekeluarga dengan begitu baik sekali. Bukan setakat layanan, siap jadi supir, fotografer, pemandu pelancong, sedia penginapan dan melayan kerenah2 kami sekeluarga yang minta macam2 nak pegi sini situ dan semuanya ok aja buat bang Budi. kami tunggu ni yeh... kunjungannya ke Malaysia.


Ni persinggahan kami yang ntah ke berapa tak ingat banyak sangat menyinggah ada jer nampak menarik singgah. Ni adalah hentian yang menjual makanan sunda yang popular iaitu tahu sumedang. Memang sedap la n  nak lagi...

Melayan kerenah makwe etot yang tengah berkongsi pengalamannyer... ewah...latarbelakang di rumah makan di lereng bukit dan kawasan sawah padi yang fuh...! cantiknyer...hebat Allah mengilhamkan pada manusia bahawa bukit pun kalau ditarah boleh dimanfaatkan. Begitu la di daerah Pulau Jawa ini jarang kita temukan kawasan tanah yang terbiar kosong. mereka ni memang sangat rajin bekerja.

Banyak sebenarnya ingin dikongsikan ...tapi tak larat la nak tulis...banyak no yg mengganggu ...mama nak susu....cepat la....oke2 I'm coming babe...


Selasa, 19 Mac 2013

Panduan penjagaan kesihatan bakal haji


Panduan penjagaan kesihatan bakal haji dan umrah .

Dalam menunaikan ibadah haji, jemaah haji perlu membuat persediaan bukan saja daripada segi ilmu mengerjakan haji dan kewangan, malah menyedari pentingnya persediaan tubuh dan minda sihat.
Persediaan perlu dilakukan sejak di tanah air supaya jemaah melaksanakan ibadah dengan sempurna tanpa masalah kesihatan yang menghalang perkara wajib dan rukun haji.
Bakal jemaah haji perlu memahami keadaan di tanah suci, cuaca, suhu, air, rumah kediaman, jarak ke masjid, lif, tandas dan kenderaan.
Ini kerana, untuk sampai ke bumi Arab, mereka menempuh perjalanan jauh, iaitu lapan jam di dalam pesawat sebaik berlepas dari tanah air ke Jeddah.
Perjalanan dari Jeddah ke Madinah dan Makkah menaiki bas pula mengambil masa antara enam hingga lapan jam.
Manakala perjalanan dari Makkah ke Arafah, Muzdalifah dan Mina mengambil masa dua hingga empat jam, kerana keadaan jalan yang sesak.
Untuk mengerjakan ibadah dalam haji, tenaga diperlukan untuk berjalan kaki.
Ketika mengerjakan tawaf misalnya, jemaah akan berjalan kaki sejauh 1.5 kilometer (km) dan saei (3.5km) dalam keadaan bersesak dengan jemaah lain.
Melontar jamrah memerlukan jemaah berjalan 6km sehari selama empat hari berturut-turut dan mereka juga perlu berjalan 1km (pergi dan balik) ke Masjid Nabawi di Madinah selama 40 waktu berturut-turut.
Jemaah juga akan berjalan 2km (pergi dan balik) setiap hari ke Masjidil Haram Makkah untuk menunaikan solat.
Panduan penjagaan kesihatan di tanah air
Bakal haji perlu mendapat rehat dan tidur secukupnya sebelum berlepas ke Tanah Suci. Lumrah bagi mereka yang ingin mengerjakan haji, kenduri doa selamat diadakan sebelum berangkat. Ketika itulah mereka bertemu dan melayan sahabat handai dan jiran tetangga.
Sebaik mungkin, hindarkan tubuh menjadi terlalu penat atau kurang rehat kerana anda akan menempuh perjalanan jauh untuk sampai ke Tanah Suci.
Langkah yang perlu diambil bagi penjagaan kesihatan di tanah air:
* Jaga kesihatan diri dan amalkan gaya pemakanan sihat serta lakukan senaman
* Elak menyembunyikan penyakit dihidapi ketika menjalani pemeriksaan kesihatan
* Diwajibkan menghadiri ceramah kesihatan dianjurkan pihak Tabung Haji (TH) dengan Kementerian Kesihatan di masjid yang mengadakan Kursus Asas Haji dan Kursus Intensif Haji
Senaman
Latih diri dengan ketahanan fizikal seperti berjalan kaki dan bersenam sebelum berangkat ke Tanah Suci
* Bersenam setiap tiga hari seminggu selama 15 hingga 40 minit
* Disyorkan senaman berjalan dan lakukan seperti berikut:
a) Senaman dimulakan dengan berjalan sederhana selama seminit dan berjalan perlahan selama empat minit dan ulang tiga kali untuk jadikan jumlah 15 minit
b) Pada peringkat permulaan, jarak yang tidak terlalu jauh dipilih dan jarak jauh berjalan ditambah secara berperingkat-peringkat sehingga mencapai lima hingga enam kilometer. Sebagai pilihan, senaman boleh dimulakan dalam tempoh lima hingga 10 minit dan selepas beberapa minggu mencapai tempoh 40 minit
c) Perlu dimulakan lima atau enam bulan sebelum anda ke Tanah Suci
d) Dapatkan nasihat doktor sebelum dan selepas senaman jika ada masalah kesihatan
Amalkan amalan makan yang sihat berasaskan garis panduan seperti berikut:
* Pelbagaikan jenis makanan yang diambil
* Imbangi makanan yang anda makan dengan aktiviti fizikal
* Pilih makanan yang banyak sayuran dan buah-buahan
* Pilih makanan mengandungi gula dan garam yang sederhana
* Pilih makanan rendah lemak dan rendah kolesterol
* Makan makanan yang bersih dan selamat
* Minum banyak air kosong
Maklumat khas untuk wanita (haid)
i) Kedatangan haid
Tiada jadi masalah ketika kedatangan haid, kecuali sewaktu tawaf
ii) Pengambilan ubat hormon
Bakal haji wanita yang ingin memberhentikan haidnya dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat doktor terlebih dulu sebelum mengambil ubat hormon. Dinasihatkan juga, pengambilan ubat ini dimulakan awal sebelum berlepas ke tanah suci supaya bakal haji wanita terbabit dapat membiasakan diri dengan ubat hormon yang diambil dan jika tidak sesuai, lebih baik tidak diambil. Bakal haji wanita yang mengalami masalah haid juga dinasihatkan berjumpa pakar obstetrik dan ginekologi sebelum berangkat ke Tanah Suci.
iii) Ubat penahan sakit
Bakal jemaah haji wanita yang sering menghadapi masalah sakit ketika kedatangan haid dinasihatkan membawa bekalan ubat penahan sakit yang diamalkan jika perlu.
Panduan kesihatan di Tanah Suci
Perubahan cuaca, gaya hidup seharian, kepadatan penduduk di Tanah Haram Makkah dan aktiviti ibadah haji yang dilakukan boleh menyebabkan tekanan kepada jemaah haji. Bakal haji perlu mempersiapkan diri bagi menghadapi situasi ini serta mengamalkan panduan berikut ketika berada di Tanah Suci:
* Sentiasa bersabar
* Pakai pakaian yang bersesuaian – putih lebih sesuai jika cuaca panas
* Elak kesejukan melampau dengan berpakaian tebal, berstoking, khususnya ketika di Madinah
* Tutup mulut dan hidung dengan penutup hidung dan mulut, serban atau tudung kepala yang nipis apabila berada di kawasan berdebu
* Teruskan amalan meminum air kosong setiap kali pulang dari masjid atau berjalan. Perlu minum dua hingga tiga liter sehari, khususnya apabila hawa panas
* Ambil makanan berzat, termasuk buah-buahan dan sayuran
* Cuci tangan sebelum makan dan selepas menggunakan tandas
* Kerjakan ibadat sunat setakat mana keadaan kesihatan mengizinkan
* Dapatkan rawatan awal bagi mengelak penyakit menjadi teruk
* Elakkan berada di tempat awam sewaktu sesak
Perasaan tidak dapat menahan keinginan untuk membuang air kecil boleh berlaku dalam suasana berikut:
* Meminum teh O (selepas 1-2 jam)
* Meminum air panas, sedangkan suhu sekeliling sejuk seperti pada waktu pagi atau musim sejuk
* Penggunaan kipas dan alat pendingin hawa secara berterusan
Antara penyakit yang sering dihidapi ketika di Tanah Suci ialah:
* Batuk/gatal kulit/ hidung berdarah/ sakit tekak/cirit-birit
* Penyakit serius – strok/radang paru-paru/radang otak/ taun
* Penyakit kronik – darah tinggi/kencing manis/sakit sendi/jantung/ lelah/ buah pinggang
Antara barangan yang perlu dibawa:
* Losen pelembap kulit
* Losen bagi mengatasi kulit kaki menggelupas
* Pelembap bibir
* Penutup hidung dan mulut
* Baju panas dan stoking
* Vitamin tambahan
Jemaah haji dinasihatkan tidak berlapar ketika menempuh perjalanan jauh iaitu Jeddah/ Madinah/ Makkah.
Di Madinah, mereka perlu menyimpan tenaga dan mengelak terdedah kepada cuaca melampau, banyakkan minum air kosong dan memakai baju sejuk.
Di Makkah, jemaah jangan makan lebih selepas dua jam makanan dibekalkan kepada mereka bagi mengelak keracunan dan sentiasa menjaga kebersihan.
* SUMBER: Lembaga Tabung Haji
Info
Ketika mengerjakan tawaf jemaah akan berjalan kaki sejauh 1.5 kilometer (km) dan saei (3.5km) dalam keadaan bersesak dengan jemaah lain.
Melontar jamrah memerlukan jemaah berjalan 6km sehari selama empat hari berturut-turut dan mereka juga perlu berjalan 1km (pergi dan balik) ke Masjid Nabawi di Madinah selama 40 waktu solat berturut-turut.


Sambung Baca: http://www.eserikasih.com/panduan-penjagaan-kesihatan-bakal-haji#ixzz2NxCMSXvU

Isnin, 18 Mac 2013

Balik kampung...oooo balik kampung...


Bestnyer.... sesekali balik kampung dan dapat menyaksikan sawah ladang terbentang luas didepan mata. Cuti tahun baru Cina kali ni agak lama 9 hari, jadi seminggu juga kami sekeluarga pulang ke kampung Tok Wan Shamel, Anas dan Loubna.  Gembira betul mereka balik kali coz dapat turun ke sawah. kebetulan sebelum ni tiap kali balik musim baru menuai tak pun orang dah siap bakar sekam padi. kali ni lah baru berpeluang turun dan lihat sendiri dari dekat.  Apa lagi macam rusa masuk kampung la. Aku plak hari tu merangkap cikgu dan penasihat pertanian plak..cam terror jer..


Tengoklah berminat sungguh tiga beradik ni. Macam ia-ia jer dengan penerangan.Faham ker ntah bebudak nih. yang penting depa tau dari padi  jadi beras dari beras masak jadi nasi dan boleh makan. Apa2 ntah...


berani sungguh diaorang bertiga keliling-keliling kat kawasan sawah ni.macam-macam depa pi teroka. daun wane oren ni pun depa rasa menarik . mudah2an semangat ingin meneroka ini terus kekal dan berterusan . mana tau bleh jadi saintis Islam yang terkemuka di dunia dan dapat membantu ramai plak umat yang lain. Amin...



Louba seronok sungguh dier dapat masuk reban ayam ni.  sebelum tu baru jumpa burung gagak. jadi bila tengok anak ayam warna hitam dia terus jerit kata ada burung gagak. Terkejut beruk tuan punya reban dibuatnya.. Ini ayam ...ini baby chiken kata Anas...pandai cikgu Anas yer...


Ni dier heroin alaf baru.bleh tahan kakak Lulu ni...mana tak nyer ada 2 cikgu yang ajar dia memanjat. siapa lagi kalau buka 2 hero tu...shamel n Anas.



Makan angin di Kebun Anggur Perlis




Makan angin di Kebun Anggur Perlis

Norethisterone (sunolut)


Norethisterone (sunolut)
Susah nye nk sebut tajuk entry nih.
Semalam bawa Anas Gibraan jupe Dr kat Klinik Rakyat Dungun coz tetiba je masalah rash kat telinga dia. Dr Zaizul cek dia habaq alahan maybe symptom resdung. Cian kat Anas baru 5 tahun da ada resdung. Nak buat cam ne dah keturunan agaknyer...  punye ler banyak Dr beri ubat.Isk...isk... bersilat la mama dia nak suh makan ubat nanti.
Sebenarnyer nak cite pasal ubat tajuk entry kat atas tadi.
Semalam tetiba jer teringat nak tanya kat Dr tentang ubat tahan period.  Bukan apa InsyaAllah kalau Allah permudahkan kami merancang untuk menunaikan Umrah cuti sekolah nanti. Maklumlah first time memang excited  sesangat. Dalam pada excited ni risau juga kalau-kalau tak dapat melaksanakan ibadah dengan sempurna dek halangan period. Tu yang yang semalam bukan main lagi bersoal jawab ngan Dr Zaizul. Akhirnya beli gak la ubat ni.  Dr kata ubat ni perlu dimakan beberapa bulan sebelumnya untuk menyesuaikan dengan hormon badan kita. Yang lain-lain boleh baca kat entry dibawah. Copy paste jer ni. Tima kasih banyak atas perkongsiannya.


Maybe ada yg da biasa dgn ubat nie. aku je yg xpernah makan. ni skit info tuk tambah ilmu :)
sunolut (generic brand name. ader byk brand lain. tp rasanye nie plg glamer). nama sbnr = Norethisterone . dia termasuk dalam kumpulan ubat progestron. kalau tgk picture nie ader tulis sunward kan, itu manufacturer dia.

Gunanya  utk treat abnormal heavy bleeding,period ting tong, nk posponkan period, painful period + PMS simptom. selalu aku baca orang makan pil nie sb period xdtg2. 3-4 bln xdtg period. nk pegi travelling. nk g hajj. mesti doktor kasik ubat ni.

Cara berfungsi : modify effect of estrogen. Senang paham, aku copy jer..
“Norethisterone is a progestogen hormone. Progestogens are hormones that sustain the lining of the uterus. Normally at the time before a period there is a fall in the level of progestogen hormone in the body. When it falls below a certain level the lining of the uterus is shed as menstrual period. By taking norethisterone tablets (progestogen) the lining of the uterus is sustained until the tablet is stopped”. camtuh la..

sblm amik ubat nie, kene pastikan doktor tau dulu.(copy paste)
* if you are pregnant, trying for a baby or breast-feeding.
* if you suffer from breast or cervical cancer or a family history of this condition.
* if you suffer from liver, kidney, jaundice (yellowing of the skin and whites of the eyes), heart, porphyria or migraine problems.
* if you suffer from depression or thrombosis or have a history of these conditions.
* if you suffer from diabetes mellitus or have a family history of this condition.
* if you suffer with asthma, epilepsy or high blood pressure.
* if you suffer from the skin conditions pruritus or pemphigoid gestationis.
* if you suffer from vaginal bleeding other than your normal monthly period.
* if you have ever had an allergic reaction to this or any other medicine.
* if you are taking any other medicines, including those available to buy without a prescription, herbal and complementary medicines.

kesan sampingan : bloating, berat badan naik (ni yang tak mau ni!) pening kepala seperti ada di atas kayangan, depression (mudah2an tidak), muntah2, skin rash, badan panas.

aku dapat stok 2minggu ubat nie. sehari 4 biji. 2 siang. 2 malam. 1 pil = 5mg. kene amik lepas makan. kalau bole amik pada masa yg sama tiap2 hari. selalunye 2-3 hari lepas stop makan pil nie, period akan dtg (dr kata la)
updated: baru telan 2biji, takat ni ok lagi.harap2 tiada apa.
updated 16/8 : side effect? alhamdullilah xde. badan aku nie mmg semua dia hentam. kebal sungguh. Hehehe...