Cara mengira
waktu subur wanita
KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR
WANITA?
Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat dan merancang keluarga.
Kedua-duanya adalah sama penting.
Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.
MARI KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA
Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak
paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara
puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25
hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.
Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran
haid.
Anda perlu memahami fasa ini.
Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid
keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di
mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di
kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan
sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran
period anda beberapa hari di dalam sebulan.
Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika
fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk
persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam
bekasnya akan menjadi semakin matang.
Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan
terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis
hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak
disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia
akan turun melalu saluran falopio ke rahim.
Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari
sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya
(corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah
progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding
ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami
kitaran semula pada hari 1.
BILAKAH WAKTU SUBUR?
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama
suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana
ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah
lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa
luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your
NEXT period – NOT your previous period)
Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka
hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari
subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari – 14 hari = hari ke 16
ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14
= hari ke 21 adalah waktu suburnya.
Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah
biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar
boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period
yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah
untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah
timbulnya masalah mengira waktu subur.
CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah
celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini
adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit
untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak
pernah jumpa lagi di klinik2 di K.L.
MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT
ZURIAT
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu
dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah
sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.
Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap
seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini
bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2
hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan
sperma yang hidup lebih lama.
Oleh itu, untuk mendapatkan
zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari
kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk
mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari.
Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.
Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan
sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai
dengan waktu bersama anda.
MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA
KIRAAN
Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan
mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar
adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh
tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan
tarikh subur lari dari kebiasaan.
Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5
hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan
selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri
ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.
Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas
waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri.
Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai
risiko yang tersendiri.
Kesuburan dan peluang
kehamilan
Seorang suami bertanya kepada saya, jika
tidak mengira dan mengenal pasti waktu kesuburan, berapakah peratus kehamilan
seorang wanita? Adakah pasangan lelaki-wanita yang berjima’ sekali saja, boleh
hamil?
Menurut kajian yang dilakukan oleh Barrett
dan Marshall mendapati hubungan jima’ secara rawak hanya mencapai 24%
peluang kehamilan bagi setiap kitaran haids bagi seorang wanita.
Ini bermakna ianya terlalu kecil. Maka
peluang untuk kehamilan hanya akan dapat ditinggikan dengan mengenal pasti
waktu kesuburan isterinya.
Jadi apakah itu waktu kesuburan (Fertile
window)?
Ia adalah waktu yang paling subur di
mana waktu beberapa hari dalam setiap kitaran haid untuk mendapatkan kehamilan
selepas melakukan jima’. Bagi kitaran haid yang tetap, secara teori, ianya
meliputi enam hari iaitu, lima hari sebelum ovulasi dan sehari
selepas ovulasi.
Bagi mereka yang keliru dengan
perkataan Ovulasi, ia berlaku semasa telur ovum yang
matang dilepaskan dari ovari, dan akan bergerak ke tiub fallopian untuk
disenyawakan. Bagi kitaran haid yang berlangsung selama 28 hari, ia berlaku
antara hari ke 14 atau ke 15 dari hari pertama seseorang wanita itu mengalami
pendarahan haid.
Kitaran haid yang tetap kadang kala
disangka sebagai kitaran haid yang mengeluarkan telur ovum yang matang (kitaran
yang subur), manakala kitaran haid yang tidak tetap kadang-kala dianggap
sebagai kitaran haid yang tidak mengeluarkan ovum (kitaran tidak subur).
Namun ianya mungkin berlaku sebaliknya.
Ramai wanita yang tidak mempunyai kitaran haid yang teratur namun tetap
menghasilkan ovum, manakala yang mempunyai kitaran haid yang teratur pula tidak
menghasilkan ovum. Ini semua adalah ketentuan Allah. Maka bersyukurlah
wanita yang tidak ada masalah untuk hamil. Bagi wanita yang bermasalah,
berdoalah semoga Allah mengubahkan takdirnya.
Bagaimana
mengenalpasti Fertile Window?
Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid
yang tetap (28 hari kitaran haidsnya), fertile windowbagi si isteri
ialah antara hari ke 10 dan hari ke 15.
Namun bagi wanita yang mempunyai kitaran
haid yang tidak teratur, bagaimana pula?
Dengan menggunakan kaedah Menandakan
Kalendar, seseorang wanita menggunakan kitaran haid yang lepas sebagai
panduan dan mengagak masa kesuburannya.
Bermula dengan menyimpan rekod bertulis
kitaran haid selama 8-12 bulan berturut-turut. Tandakan hari pertama pendarahan
haid sebagai hari pertama bagi kitaran haid itu.
Pilih kitaran haid yang paling panjang
dan yang paling pendek. Tolakkan 18 daripada kitaran haid yang terpendek, dan
ianya adalah hari pertama bagi hari pertama kesuburan. Tolakkan 11
daripada kitaran haid yang terpanjang dan tandakannya sebagai hari
terakhir kesuburan.
Contoh:
Mac
|
29 hari
|
|
April
|
26 hari
|
(kitar
haid terpendek)
|
May
|
30 hari
|
|
Jun
|
31 hari
|
(kitar
haid terpanjang)
|
Julai
|
30 hari
|
|
Dalam contoh ini, kitar haid yang
terpendek ialah kitaran haid yang mempunyai 26 hari manakala kitar haid yang
terpanjang ialah yang mempunyai 31 hari. Tolakkan 18 dari 26 iaitu hari ke 8
sebagai hari subur yang pertama dan tolakkan 11 dari 31 iaitu hari ke 20
sebagai hari subur yang terakhir. Maka waktu subur antara hari ke 8 hingga hari
ke 20.
Mengagak dengan lebih
tepat
Kehamilan hanya akan berlaku jika ada kehadiran ovum
iaitu pada pertengahan kitaran haid (bagi kitaran haids yang tetap).
Setelah ovulasi, ovum akan hidup di luar
ovari selama 24 jam manakala sperma yang telah dikeluarkan oleh si suami pula
boleh hidup selama lima hari di dalam badan wanita.
Maka dalam keadaan yang sempurna, waktu
kesuburan (fertile window) hanya berlangsung selama enam hari, iaitu
lima hari sebelum ovum dikeluarkan dan 24 jam selepas ovum dikeluarkan
(ovulasi)
Namun semuanya bergantung kepada kehadiran
cervical mucus yang baik, metabolisma sperma, daya tahan sperma itu, tahap pH
pada vagina dan banyak faktor yang tidak dapat dikawal oleh manusia.
Maka saat yang benar-benar subur adalah
sehari sebelum ovulasi dan sehari selepasnya. Peratusan kehamilan adalah lebih
tinggi, lebih kurang 60%.
Jika kaedah Menandakan Kalendar ini
menjadi sukar bagi sesetengah pasangan, terutama bagi si isteri yang tidak
mempunyai kitaran haid yang teratur, ada beberapa cara lain untuk
menentukan fertile window.
Antaranya menggunakan alat untuk ujian
air kencing. Ia boleh mengesan kenaikan hormon LH secara tiba-tiba (LH surge)
yang berlaku 24 hingga 36 jam sebelum ovulasi. Apabila ianya positif, hubungan
jima’ haruslah dilakukan pada malamnya kerana ia adalah waktu kesuburan.
Dan ada beberapa teknik lain
seperti Cervical Mucous Monitoring dan Basal Body
Temperature.
Namun yang lebih penting, bukan sahaja
cahayamata yang dinantikan tetapi juga menginsafi diri bahawa kejadian kita
adalah sesuatu yang sangat berharga. Ianya hanya pinjaman dan akan diambil
semula. Gunakan masa yang ada sebaiknya.
Disunting oleh Mama Murai
Artikel by Dr Azwan dan Dr Zubaidi Hj
Ahmad