Menyusu
Selepas 2 Tahun
Di dalam surah al-Baqarah menyebut
tentang tempoh masa penyusuan susu ibu:
“Para ibu hendaklah menyusukan
anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan
penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan
cara ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya.
Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah
karena anaknya, dan warispun berkewajiban demikian.
Apabila keduanya ingin
menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka
tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang
lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut
yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha
Melihat apa yang kamu kerjakan” (2:233)
Dari ayat ini ada 2 penafsiran :
1. Kewajipan menyusukan bayi sehingga
2 tahun untuk menyempurnakan penyusuan.
2. Kewajipan untuk BERHENTI menyusukan
selepas anak berusia 2 tahun.
Saya menerima banyak soalan dan
mendengar banyak pendapat tentang TIDAK BOLEH menyusukan anak yang berusia
lebih dari 2 tahun, samada atas sebab2 merepek misalnya susu jadi darah, susu dah
tak ada khasiat dan sebagainya; kepada sebab2 yang agak bijak seperti di dalam
al-Quran state “2 tahun”, ibu mesti berhenti untuk susukan anak lain dan
sebagainya. Malah ada yang mengatakan menyusu selepas 2 tahun adalah HARAM.
Kita ikuti jawapan yang diberi oleh
Kapten Hafiz Firdaus (penulis buku Pedoman Bermazhab Cara Islam, The Wahhabi
Myths dan sebagainya), dalam Majalah Pa&Ma Mei 2011:
Saya suka dengan jawapannya “tempoh menyusu 2 tahun adalah OPTIMUM,
bukan minimum mahupun maksimum. Optimum
maksudnya yang terbaik, yang paling bagus, the most favorable… Jadi sebaik2
waktu penyusuan ialah 2 tahun. Walau bagaimanapun tiada dosa sekiranya ibu bapa
bersepakat untuk mencerai susu sebelum tempoh itu (seperti termaktub dalam
surah al-Baqarah di atas) dan tidak ada larangan untuk menyusukan selepas
tempoh itu.
Selagi proses penyusuan (selepas 2
tahun) itu tidak menyusahkan mana-mana pihak, baik ibu mahupun anak, maka ia
tidak memudaratkan untuk diteruskan. Anak saya sendiri dalam proses ‘weaning’.
Lebih mudah untuk wean anak yang dah besar, senang nak cakap; tak payah nak
letak2 kopi, jadam segala. Saya pernah buat macam tu juga – letak macam2 tapi
budak bijak ni dia sapu je. Macam tu kita pun stress – sebab nak weaning dia
sangat; dan pun stress – ‘dikenakan’ dengan macam2. Finally let them wean
themselves off.
Apa-apa pun pilihan masing-masing.
Jika ibu bapa boleh memilih untuk tidak menyusukan anaknya hingga tempoh
penyempurnaan, juga tidak ada halangan untuk yang mahu melepasi batas waktu
itu. Menghayati surah al-Baqarah ayat 233 itu, ada statement yang menyatakan
..”Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah
karena anaknya”. Indah bukan. Ibu tidak perlu menderita kerana anaknya, dan
diberitahu pula ibu bapa boleh bersepakat untuk memberhentikan penyusuan
meskipun anak belum berumur 2 tahun. Bayangkan jika Allah wajibkan menyusu
penuh hingga 2 tahun… bagaimana dengan ibu-ibu yang tidak dapat melakukannya,
misalnya kerana sakit, atau bermasalah sehingga benar2 tak boleh menyusukan…
cantik kan susunan Allah itu.
Walau bagaimanapun, tak mudah untuk
menyusukan selepas 2 tahun ni. Bukan tak mudah ape, banyak sangat tekanan dari
luar. Orang masih belum boleh terima lagi extended breastfeeding. Biasa anak2
yang besar (bukan lagi bayi) menyusu akan kena ejek “Eeiii tak maluuu”. Malah
ada pendapat yang menyatakan penyusuan selepas 2 tahun lebih mendedahkan ‘unsur
seksual’ kepada anak tersebut. Mungkin sebab mereka nampak payudara itu sebagai
‘objek seks’.
Entahlah ye, adakah budak2 yang sibuk
buat kerja haram sana-sini tu adalah budak2 yang dulunya menyusu selepas 2
tahun? Menarik juga kalau ada orang nak kaji (serius ni). Kalau benar terbukti,
maka memang wajar kita berhentikan penyusuan setakat 2 tahun saja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan