Blogger Widgets

Ahad, 9 September 2012

kongsi


Kenali Peranan Vitamin A-D

Vitamin adalah elemen yang penting untuk peranan tubuh yang sempurna. Mari kita semak semula peranan vitamin-vitamin A-D untuk tubuh kita.

Vitamin A
Vitamin A popular sebagai vitamin untuk mata. Kekurangan vitamin A berkait rapat dengan rabun malam serta masalah pengelihatan seperti glaukoma dan katarak. Vitamin A sebaiknya diambil dalam bentuk pro-Vitamin A yang hanya akan ditukarkan menjadi vitamin A apabila diperlukan. Vitamin A berlebihkan disimpan dalam hati dan menjadi toksik kepada tubuh.

Vitamin B1
Vitamin B1 membantu dalam menghasilkan acetylcholine, yakni transmitter yang diperlukan oleh otak untuk daya ingatan. Orang nyanyuk dan alzheimer mengalami masalah kekurangan acetylchone dalam otak mereka.

Vitamin B6
Vitamin B6 adalah vitamin anti-tekanan. Ia adalah sebagai kofaktor untuk enzim yang menukarkan L-tryptophan kepada serotonin dan L-tyrosine kepada norepinephrine. Kekurangan vitamin B6 menyebabkan proses tersebut terganggu lalu membuatkan seseorang menjadi tertekan. Menurut kajian, orang yang sering dalam keadaan tertekan adalah mereka yang mengalami kekurangan vitamin B6.

Vitamin B12
Vitamin B12 lebih kurang vitamin B6 – membantu mereka yang mempunyai masalah tidur, kurang daya ingatan, nyanyuk, depresi serta masalah psikiatri. kekurangan vitamin B12 menjadikan seseorang itu mengalami masalah kognitif dan masalah personaliti.

Asid Folik
Selain dari penting untuk ibu hamil (bagi mengelakkan masalah tiub neural pada bayi) & ibu menyusu, asid folik penting untuk fungsi otak dan emosi. Kekurangan asid folik menyebabkan seseorang mudah marah, sukar tidur, senang lupa, gemuruh dan sebagainya.

Vitamin C
Selain untuk kecantikan kulit dan sel, vitamin C sebenarnya memainkan peranan penting dalam kesihatan mental. Ia terlibat dalam metabolisma tyrosine kepada dopamine, serta kofaktor utama untuk sintesis norepinephrine, dopamine dan trypophan. Vitamin C (asid askorbik) diperlukan oleh mereka yang mengalami masalah psikiatri seperti depresi, mania dan paranoia. Pesakit schizophrenia menunjukkan perubahan positif selepas diberi vitamin C.

Vitamin D
Vitamin D berkait rapat dengan masalah kognitif terutama di kalangan warga emas. Walaupun Vitamin D boleh didapati secara semulajadi dari cahaya matahari, namun harus awas kerana masalahnya sekarang kita kurang terdedah kepada cahaya matahari yang sihat.
Itulah antara kepentingan vitamin2 A-D terhadap tubuh kita. Jadi kalau ada mengalami masalah di atas, maka langkah terbaik adalah dengan mengubah diet harian dan boleh mengambil supplemen.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan