Blogger Widgets

Rabu, 4 Mac 2020

Contoh Surat Rayuan Haji untuk Isteri dan suami


Surat Rayuan Haji Isteri 

Norhayati Binti Abd Rajak
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Xxxxxxxxxxxxxxxx

Bahagian Operasi Domestik
Lembaga Tabung Haji
Lantai 30, Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji
201 Jalan Tun Razak
50732 Kuala Lumpur

Tuan,
RAYUAN MENUNAIKAN FARDHU HAJI BAGI TAHUN 1441 H / 2020M
Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.
2.  Saya telah membuat  pendaftaran Haji dan disenaraikan  pada tahun 2038 Masihi.  Sehubungan itu , saya amat berharap pihak tuan dapat memberi peluang kepada saya untuk menunaikan fardu haji pada tahun hadapan iaitu 2020 Masihi.  Ini kerana saya sudah bersedia dan simpanan yang dibuat juga telah mencukupi. 
3.         Pemergian saya ke tanah suci pada tahun ini adalah bersama :
            Nama               :  Mohammad Khairul Anwar Bin Hussain
            No. Akaun TH  :  xxxxxxxxxxxxxxxxx
            No K/P             :  xxxxxxxxxxxxxxxxx
            Pertalian           :  Suami

4.         Saya sangat berharap agar rayuan saya diterima kerana ;
            i.          Simpanan telah mencukupi untuk menunaikan haji
            ii.         Pernah menghadiri kursus Haji
             iii.       Pernah menunaikan umrah pada tahun 2012
            iv.        Sihat tubuh badan dan tiada apa-apa halangan jika terpilih
            v.         Kami berdua sedia dipanggil menunaikan haji dengan notis yang singkat

            Turut dilampirkan bersama surat ini ialah ;
·       Salinan sijil perkahwinan yang telah disahkan .

5.         Saya sangat berharap permohonan rayuan untuk dapat menunaikan fardhu haji bersama suami diterima.  Sekiranya saya diberi peluang sudah tentu ini akan menjimatkan kuota haji pada masa akan datang kerana mahram tidak perlu sekali lagi pergi untuk menemankan saya.
Kerjasama dan pertimbangan yang diberikan oleh pihak tuan amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.  Sekian.

Yang benar,


(Norhayati Binti Abd Rajak)
No K/P: xxxxxxxxxxxxxx
No Akaun TH :  xxxxxxxxxxxxxxxxx

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Surat Rayuan Haji Suami

Mohammad Khairul Anwar Bin Hussain

xxxxxxxxxxxxxxxxxxx
xxxxxxxxxxxxxxxxxx
xxxxxxxxxxx


Bahagian Operasi Domestik
Lembaga Tabung Haji
Lantai 30, Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji
201 Jalan Tun Razak
50732 Kuala Lumpur

Tuan,
RAYUAN PENEMPATAN HAJI BAGI TAHUN 1441 H / 2020M
NAMA                                    :   MOHAMMAD KHAIRUL ANWAR BIN HUSSAIN
NO K/PENGENALAN         :   xxxxxxxxxxxxxx
N0 AKAUN TH                     :   xxxxxxxxxxxxxx

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.
2.  Saya mohon jasa baik dan budi bicara dari pihak Tabung Haji dapat menawarkan penempatan kepada saya untuk menunaikan haji pada tahun 1441H / 2020
3.  Saya telah membuat  pendaftaran Haji dan disenaraikan  pada tahun 2053 Masihi.  Sehubungan itu , saya amat berharap pihak tuan dapat memberi peluang kepada saya untuk menunaikan fardu haji pada tahun hadapan iaitu 2020 Masihi.  Ini kerana saya sudah bersedia dan simpanan yang dibuat juga telah mencukupi.  Saya sangat berharap dapat menunaikan haji pada usia yang masih bertenaga supaya saya tidak membebankan tabung haji disamping itu, saya juga boleh membantu Jemaah-jemaah berusia yang lain.
Segala pertimbangan  dan perhatian dari pihak tuan amat saya hargai dan diucapkan ribuan terima kasih.  Saya faham dan bersetuju bahawa rayuan saya ini tertakluk kepada kekosongan kuota haji pada tahun tersebut.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(Mohammad Khairul Anwar Bin Hussain)
No K/P: xxxxxxxxxxxx


Sekadar pengkongsian..

CERITA SANG GURU YANG TIDAK MEMALUKAN MURIDNYA DI DEPAN MURID-MURID YANG LAIN

Sekumpulan remaja sedang menghadiri majlis pernikahan salah seorang rakan mereka.

Salah seorang daripada mereka melihat guru sekolah rendahnya ikut hadir dalam majlis pernikahan itu. 

Murid itu segera mendatangi dan menyalam gurunya dengan penuh penghormatan, seraya berkata:

"Cikgu masih ingat saya lagi, kan?”

Gurunya menjawab: “Tidak.”

Murid itu hairan dan bertanya lagi, "Eh, cikgu tak ingat saya?"

"Saya kan... murid yang mencuri jam tangan salah seorang kawan di dalam kelas kami tu.

"Ketika murid yang kehilangan jam itu menangis dan mengadu, cikgulah yang menyuruh kami semua  berdiri, lalu dibuat pemeriksaan poket murid2 semuanya. 

"Saya terfikir bahawa saya akan dipermalukan di hadapan murid2 dan guru2, dan akan menjadi bahan ejekan dan hinaan, mereka akan menggelar saya "pencuri" dan saya pasti akan hancur sepanjang hidup.

"Cikgulah yang menyuruh kami semua berdiri menghadap dinding dan menyuruh kami menutup mata semuanya dengan sapu tangan.

"Cikgu memeriksa poket setiap kami, dan ketika tiba giliran saya, cikgu ambil jam tangan itu dari poket saya, dan cikgu meneruskan penggeledahan sampai ke murid yang terakhir.

"Setelah selesai, cikgu  suruh kami membuka penutup mata, dan duduk di tempat duduk masing2.

Saya takut cikgu akan memalukan saya di depan semua murid-murid yang merupakan teman teman saya.

Cikgu tunjukkan jam tangan itu dan berikan kepada pemiliknya, tanpa menyebutkan siapa yang mencurinya.

"Sepanjang saya belajar di sekolah itu, cikgu tak pernah sebut pun tentang kes kecurian jam tangan itu, dan tidak ada seorang pun guru mahupun murid yang tahu tentang kecurian jam tangan itu.

"Cikgu masih ingat lagi saya tak?" 😢

"Takkan cikgu tak boleh ingat kat saya lagi?

😪 😢😢 Sayalah murid itu dan cerita ini adalah cerita pedih yang tak akan dapat dilupakan dalam hidup saya.

Saya sangat mengkagumi cikgu. Sejak dari itu saya berubah menjadi orang yang baik dan benar, Saya mencontohi semua perbuatan baik cikgu.

Guru itu menjawab:
Sungguh2 saya tidak mengingat kamu, kerana pada waktu menggeledah itu, sengaja saya menutup mata juga, agar saya tidak cam siapa pelakunya.

"Kerana saya tidak mahu merasa kecewa atas perbuatan salah seorang murid, *Sebab saya sangat mencintai murid-murid saya".

Murid tadi hanya terpana dan terdiam. Bertambah lagi rasa kagumnya kepada sang guru.

Hikmah yg dapat diambil:
Pendidikan memerlukan akhlak dalam menutup segala keburukan orang lain.

Jangan memalukan seseorang hanya kerana 1 kesalahan, kerana ia mampu menghancurkan dirinya sepanjang hidupnya dan mungkin akan tambah terperosok lebih dalam lagi pada masa depannya.

Memaafkan & Mengampuni, adalah sebuah kebijaksanaan.

Semoga bermanfaat.

Kredit : Cikgu Saifuddin Salim