Blogger Widgets

Khamis, 30 Ogos 2012




Punca-punca pelajar tidak minat Mata Pelajaran Sejarah

Rujukan Majalah Pendidik 2010 : No 1-7
Kajian Universiti : No 8-11
Pengamatan dan pengalaman sendiri : No 12 – 31

1. Sejarah adalah belajar tentang tokoh yang sudah mati dan tidak pernah dikenali.
2. Pelajar memberi anggapan bahawa kerja yang berkaitan dengan sejarah tidak menjamin masa depan mereka.
3. Pelajar merasakan mereka dipaksa membaca dan mengingat banyak fakta yang berulang-ulang sejak tingkatan satu hinggalah tingkatan lima.
4. Pemberian markah folio tidak diambil kira dalam PMR. Pelik tapi benar!
5. Kelas tingkatan 4 & 5 lebih banyak memberi tumpuan kepada membaca untuk lulus SPM.
6. Buku teks sejarah kurang menarik untuk dibaca.
7. Cara pengajaran guru yang membosankan(banyak cakap atau bercerita)
8. Perkembangan teknologi maklumat – internet
9. Dasar kerajaan terhadap sains dan Matematik.
10. Teknik pengajaran sejarah yang tidak menarik
11. Sistem penilaian berasakan peperiksaan.(melahirkan generasi yg menghafal tahun, nama watak dan nama tempat tanpa memahami secara rasional sesuatu peristiwa)
12. Tidak bawa buku teks ke sekolah
13. Tiada kesungguhan untuk mencapai markah cemerlang (80% ke atas)
14. Tidak kisah tidak lulus
15. Tidak kisah markah tidak cemerlang.cukup lulus sahaja.
16. Tidak berasa bersalah jika tidak menyiapakan tugasan yang diberi.
17. Malas ulangkaji
18. Tidak memberikan tumpuan ketika dikelas.
19. Mudah putus asa dengan kegagalan.
20. Guru mengajar bukan option.
21. Subjek baru bagi pelajar tingkatan satu.tidak biasa.tingkatan 4 belum terbiasa menjawab esei.
22. Guru tidak pandai bercerita.
23. Guru suka membebel.
24. Menganggap sejarah adalah hanya mempelajari kelebihan bangsa melayu sahaja.
25. Lemah dalam penulisan esei
26. Tidak mengambil berat semasa tingkatan empat kerana menganggap masa rehat.
27. Tidak insaf dan tidak sedar terhadap kepentingan pelajaran.
28. Kurang kerjasama daripada ibubapa terutamanya pelajar yang lemah.
29. Banyak pelajar menggunakan strategi belajar yang salah dan menyebabkan mereka menjadi cepat bosan untuk mentelaah.
30. Pelajar PMR didapati ada pelajar yang tidak mengulangkaji pelajaran sepenuhnya terutama pelajaran semasa tingkatan satu dan dua.
31. Tidak serius dan menganggap subjek yang tidak penting.


Cadangan tindakan

1. Mengenalpasti pelajar-pelajar yang lemah
2. Menyelesaikan sukatan lebih awal
3. Menganalisis soalan-soalan tahun lepas.
4. Memberi penekanan kepada bab penting
5. Penerangan dan pendekatan individu (ni susah nak buat)
6. Menyediakan lebih banyak latihan asas pengukuhan (dah biasa buat)
7. Mengadakan perbincangan secara berkumpulan agar pelajar dapat saling membantu dan mudah memahami pelajaran.
8. Menggunakan teknik pelbagai supaya pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan mudah difahami.(buat juga kadang2)
9. Menyediakan rekod prestasi setiap pelajar
10. Menasihati pelajar supaya mencuba sedaya upaya untuk lulus cemerlang bukan setakat lulus sahaja.
11. Berinteraksi dengan guru-guru sejarah dari sekolah luar untuk mendapatkan lebih banyak maklumat.
12. Ingatkan pelajar tentang semua mata pelajaran adalah penting dan harus diberikan tumpuan dan perhatian yang sewajarnya.
13. Memberikan soalan pengukuhan dan pengayaan berformatkan PMR dan SPM .
14. Mengadakan kelas tambahan sekiranya perlu.
15. Membuat lebih banyak siri ulangkaji.






8 ulasan:

  1. pelajaran sejarah tidak diajar dalam keadaan yang canggih malahan lagi pelajar malaysia tidak berminat dengan subtopik yang diwujudkan dalam mata pelajaran sejarah

    BalasPadam
  2. Biasalah tu sejarah mula mula susah

    BalasPadam
  3. Not bad lah. Can write kesan? Or usaha?

    BalasPadam
  4. punca ii tu mmg betul sgt

    BalasPadam
  5. pada pendapat saya , punca murid tidak meminati sejarah adal

    BalasPadam
  6. Cikgu kene try bahagikan menceritakan sejarah (tanpe ape2 kerja) dan hari kene buat keje.

    2. Sejarah ni nk setakat utk pengetahuan am bole, tp kalau sampai tahap kene buat ayat semue tu, pastu kene hafal tu yg menyampah tu

    BalasPadam
  7. mula2 sejarah ni menarik tapi akhir2 dah lah mcm tak menarik untuk baca

    BalasPadam